KUALA LUMPUR: Ni Hsin Group Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Ni Hsin Resources Berhad) menerusi subsidiarinya, BlackBixon2Go Sdn Bhd melancarkan Motosikal Kopi EV (kenderaan elektrik) BB2GO atau BB2GO EV Coffee Bike bagi kegunaan penjualan minuman kopi BlackBixon.
Motor-motor elektrik ini dijana menerusi sistem bateri yang dikonfigurasi khas bagi menyalurkan tenaga kepada mesin pembuatan kopi dan merupakan perluasan konsep kafe@dimanajua Ni Hsin di bawah perniagaan makanan dan minumannya.
Motor-motor elektrik ini dilengkapi dengan GPS bagi memudahkan menjejak tempahan dan lokasi BB2GO EV Coffee Bike oleh penggemar kopi menerusi aplikasi BB2GO.
BlackBixon2Go turut memeterai MoU dengan Acasia Communications Sdn Bhd untuk mendigitalkan konsep perniagaan baharu menerusi sambungan dan perkhidmatan awan, menyokong app BB2GO.
Acasia, syarikat bersekutu Kumpulan Telekom Malaysia, yang merupakan kolaborasi antara tujuh syarikat peneraju telekomunikasi yang menawarkan suite menyeluruh perkhidmatan sambungan dan prasarana digital di rantau ASEAN.
Pengarah Urusan BlackBixon2Go, Khoo Chee Kong berkata, pihaknya telah memulakan laluan transformasi, daripada pengeluar produk besi keluli tahan karat tradisional kepada model perniagaan zaman terkini dengan memanfaatkan
Beliau berkata revolusi EV menerusi BB2GO EV Coffee Bike menggabungkan kesukaan rakyat Malaysia terhadap kopi dan keinginan untuk mengekalkan persekitaran hijau dan sihat.
Menurutnya, konsep perniagaan ini adalah tepat dan sesuai bagi industri makanan jalanan, dan sangat sesuai bagi katering, rumah terbuka dan parti keraian.’’
Katanya, BB2GO EV Coffee Bike adalah sebuah bar yang beroperasi sendiri dan tidak memerlukan sambungan elektrik untuk menjana tenaga kepada mesin kopi.
‘’Bateri-bateri dari Moto EV adalah secara teknikalnya dikonfigurasi bagi menghasilkan sehingga 400 cawan kopi dan boleh dicaj semula kemudiannya.
‘’Dengan BB2GO EV Coffee Bike anda boleh menjadi barista, seperti di sebuah kafe moden, menghidangkan kopi espresso atau cappuccino disediakan di depan mata pelanggan anda,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena pelancaran Motosikal Kopi EV BB2G oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar di sini pada Ahad.
Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Mohammad Radhi Abdul Razak; Pengarah Bukan Eksekutif BlackBixon2Go, Tan Sri Mohamed Apandi Ali; Pengerusi Ni Hsin Group, Sofiyan Yahya dan Pengarah Bebas Ni Shin, Datuk Seri Rosman Mohamed.
Penggunaan Ni Hsin terhadap motosikal elektrik ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat terhadap tanggungjawab alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) selain melaksanakan perubahan cara berfikir bagi kelestarian perniagaan ketika berdepan kemajuan teknologi.
Ni Hsin juga mematuhi, mempelajari dan menginovasi untuk menambah baik caranya melaksanakan perniagaan, juga sebahagian daripada tanggungjawab ESGnya.
Syarikat ini merancang untuk mengembangkan konsep BB2GO EV Coffee Bike ke seluruh ASEAN dan juga merancang untuk mengilang dan memasang motosikal elektrik secara berkolaborasi dengan pengeluar EV terkemuka dari China untuk pasaran komersial dan konsumer di Malaysia dan ASEAN.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Dec 14 2021

Motor-motor elektrik ini dilengkapi dengan GPS bagi memudahkan menjejak tempahan dan lokasi BB2GO EV Coffee Bike oleh penggemar kopi menerusi aplikasi BB2GO. - Foto DagangNews.com
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori di laluan kecemasan
Kemalangan berlaku apabila seorang lelaki berusia 30 tahun itu terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.

Dua remaja langgar lari wanita warga emas
Hasil siasatan mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.

Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas motosikal jatuh sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam sungai Padang Terap di Chegar petang ini.

Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.

MPV rempuh lima kenderaan, seorang penunggang motosikal maut
Siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kenderaan telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan.

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.

73 motosikal disita, ubai suai tidak mengikut spesifikasi
Sebanyak 1,500 kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya di Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, dan Jalan Tun Razak.

Suspek ragut wanita warga emas diberkas
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Jalan Mutiara, Taman Mutiara, di sini pada 20 Jan lepas.

12 buah motosikal musnah terbakar di Parit
Kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.