Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) memperuntukkan kira-kira 200 tan ikan sejuk beku Q'Fish dalam usaha membantu orang ramai mendapatkan ikan pada harga murah dan berpatutan yang dijual di Pasar Nelayan Kubang Rotan, Kuala Kedah di sini.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari berkata, sebanyak 1,000 kilogram (kg) ikan jenis tongkol, kembong dan selayang dijual pada hari pertama di pasar berkenaan pada petang Rabu.
Katanya, penjualan ikan Q'Fish adalah alternatif kepada orang ramai yang berdepan dengan peningkatan harga ikan kembong secara mendadak sehingga RM20 sekilogram ekoran bekalan yang berkurangan akibat perubahan angin monsun ketika ini.
"Sambutan begitu menggalakkan dan kami akan keluarkan kira-kira 200 tan stok simpanan untuk dijual sehingga keadaan ikan di pasaran pulih... ikan-ikan ini juga dijamin segar kerana kita menggunakan teknologi IQF (Individual Quick Freezing)," katanya kepada pemberita pada Program Penjualan Ikan Sejuk Beku Q'Fish di sini, pada Rabu.
Katanya, pada program itu, ikan tongkol dijual RM10 bagi sekilogram iaitu lebih murah daripada harga pasaran RM20 bagi sekilogram, ikan kembong RM10 kg (RM16) dan ikan selayang RM8 kg (RM15).
"Mulai esok (Khamis) kita juga akan jual hasil laut lain seperti ketam dan sotong pada harga lebih murah kerana sambutannya amat menggalakkan dan saya yakin kita dapat jual tiga hingga empat tan sehari bermula esok," katanya.
IQF ialah teknologi pembekuan ikan menggunakan kaedah Mesin Pembekuan Cepat Individu di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran (CCDC) di Kuala Kedah yang berupaya menyimpan 650 tan hasil laut untuk kegunaan ketika musim kekurangan ikan.
Pengguna, Izham Mat, 52 berkata, langkah yang diambil kerajaan itu sangat bertepatan kerana dapat meringankan kos hidup rakyat di sini yang rata-ratanya berpendapatan rendah.
"Kalau rasa mahal, belilah di sini kerana bukan sahaja murah tetapi ikan yang dijual juga masih segar dan sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang ramai," katanya.
Nuur Shafifi Zamri, 27, berkata, alternatif yang diambil ini diharap diteruskan dan diperluaskan kerana setiap tahun fenomena perubahan angin ini menyebabkan bekalan ikan dan hasil laut akan berkurangan di pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2018

Orang ramai membeli ikan sejuk beku Q Fish yang dipasarkan oleh Persatuan Nelayan Kuala Kedah di Pasar Nelayan Kubang Rotan, Alor Setar, pada Rabu, 3 Januari, 2018. -- fotoBERNAMA
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.
Pelajar patah tulang hidung ditumbuk akibat salah faham
Gara-gara pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
Tumpuan Sabtu – 15 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (14 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

NEKMAT sedia 200 tan ikan sejuk beku Q'Fish di Kuala Kedah
NEKMAT memperuntukkan kira-kira 200 tan ikan sejuk beku Q'Fish dalam usaha membantu orang ramai mendapatkan ikan pada harga murah dan berpatutan yang dijual di Pasar Nelayan Kubang Rotan di sini.