KUALA LUMPUR: Negara Asean perlu yakin untuk membangunkan industri kenderaan elektrik (EV) dengan kepakaran mereka, kata Persatuan Kenderaan Elektrik Malaysia (EVAM).
Presidennya Datuk Dennis Chuah berkata setiap negara, terutamanya Malaysia mempunyai kepakaran untuk mengembangkan bahagiannya dalam pasaran rantau Asean yang besar ini, yang berjumlah lebih 650 juta dan menyasarkan untuk mengeksport ke peringkat global.
"Kita mahu melihat syarikat tempatan menjadi pembekal global teratas untuk ekosistem EV.
"Jadi, dengan kekuatan dan dengan kesediaan kerajaan untuk meningkatkan jumlah atau pemain dalam persekitaran EV Malaysia, sebaik sahaja kita dapat melaksanakannya, kita sedang dalam perjalanan untuk menjadi negara berorientasikan eksport," katanya pada persidangan E-Mobiliti Asia (EMA) 2023 di sini pada Khamis.
Persidangan itu dihadiri oleh wakil daripada persatuan EV Singapura, Thailand dan Filipina.
Presiden Persatuan Kenderaan Elektrik Thailand (EVAT) Krisda Utamote berkata adalah penting untuk mewujudkan pendidikan dan latihan yang betul dalam menyediakan tenaga kerja berbakat untuk industri EV, yang sedang berkembang pesat di Thailand.
Beliau berkata di Thailand sektor EV berkembang pesat dengan syarikat seperti MuvMi yang mempunyai 600 kenderaan roda tiga elektrik dan sasaran pendapatan US$5 juta (US$1=RM4.677) untuk 2023.
Pengerusi Emeritus Persatuan Kenderaan Elektrik Filipina (EVAP) Ferdinand Raquelsantos berkata kerajaan Filipina menyediakan latihan menyeluruh untuk juruteknik tetapi pengetahuan mengenai EV harus bermula dari peringkat sekolah.
"Bukan sahaja pelajar sekolah tetapi ibu bapa juga harus mengenali mobiliti elektrik. Ini akan memastikan mereka menghargai keseluruhan ekosistem EV.
"Mereka (ibu bapa) masih beranggapan bahawa EV mahal untuk dibeli dan diselenggara sebagai pengangkutan harian tetapi kos mengendalikan EV boleh mencecah sehingga 65 peratus lebih murah daripada kenderaan konvensional. Ini adalah perkara yang kita perlu ajar atau mendidik orang ramai," katanya.
Sementara itu, wakil Persatuan Kenderaan Elektrik Singapura (EVAS) Leow Ju-Len berkata republik itu mempunyai kepakaran EV tempatan seperti dalam perkhidmatan syarikat pemula yang dipanggil Power Up Tech.
"Syarikat itu menyediakan perkhidmatan pengecasan pantas DC atas permintaan untuk EV di mana-mana dalam Singapura. Matlamatnya adalah untuk memudahkan pemilik EV di republik itu," katanya.
EMA 2023 edisi pertama ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membuka pelbagai prospek perniagaan kepada syarikat yang berhasrat untuk memasuki industri EV.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Negara Asean perlu yakin untuk membangunkan industri kenderaan elektrik (EV) dengan kepakaran mereka, kata Persatuan Kenderaan Elektrik Malaysia (EVAM).
KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song
Saifuddin Nasution dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengenai penglibatan anggota polis dalam insiden tersebut semasa lawatannya ke Sarawak.
AWANI Ringkas: Kerajan beri tumpuan tatakelola basmi kemiskinan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] GISB: Siasatan kini libatkan 10 peruntukan undang-undang
Siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings yang sebelum ini hanya melibatkan empat peruntukan undang-undang kini telah meningkat kepada 10 peruntukan.
Tunggu Majlis Raja-Raja perkenan pandangan muzakarah MKI
Jelas Datuk Mohd Na'im, terma pandangan hukum digunakan berikutan Jawatankuasa Fatwa MKI tiada kuasa mengeluarkan fatwa kerana ia hanya boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri.
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
Protes di Pakistan: Polis lepaskan gas pemedih mata suraikan perhimpunan anti-kerajaan
Polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan anti-kerajaan oleh penyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan yang dipenjara berhampiran kawasan D-Chowk di Islamabad.
Warga emas ditemukan maut di kebun disyaki dipijak gajah
Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di kawasan kebunnya disyaki akibat dipijak gajah di Kampung Basung, Hulu Terengganu.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
Malaysia berupaya bantu negara jiran bangun produk kewangan Islam
Singapura misalnya, masih belum ada produk takaful yang patuh syariah tersedia, dan Malaysia boleh mengambil peluang berkenaan.
Indonesia tangguhkan polisi tanpa visa untuk 159 negara buat sementara waktu
Perintah untuk menangguhkan polisi lawatan tanpa visa (BVK) telah dikeluarkan oleh Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.
Forum Putrajaya: Keselamatan, kestabilan Laut China Selatan tanggungjawab bersama anggota ASEAN - Hishammuddin
Malaysia konsisten bahawa segala isu berkaitan pertindihan kawasan perlu diselesaikan dengan dialog bagi mencari kesepakatan.
Kalangan lima negara ASEAN termasuk Malaysia berdepan risiko peningkatan kredit - Moody's
Lima negara itu bersepadu dalam rantaian bekalan pembuatan serantau dan mengalami penurunan mendadak dalam aliran perdagangan luaran.