Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa kira-kira sejam meninjau persiapan penyediaan Bajet 2016 di Perbendaharaan, Kompleks Kementerian Kewangan di sini, malam ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pekarangan kompleks berkenaan pada pukul 8 malam disambut pegawai dan petugas kementerian yang terlibat dalam penyediaan bajet berkenaan.
Turut hadir, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Johari Abdul Ghani dan Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Chua Tee Yong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Najib kemudiannya dibawa meninjau bilik operasi bajet. Perdana Menteri dijadual membentang Bajet 2016 di Dewan Rakyat, bermula 4 petang esok.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelang pembentangan bajet, esok, Najib mengetengahkan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi melindungi ekonomi Malaysia dalam persekitaran ekonomi global serba mencabar.
"Tahun ini, kita menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat," kata perdana menteri.
Bajet 2016 merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan.
Bernama
Thu Oct 22 2015

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ceria sebelum menandatangani buku Rahsia Besar di bilik operasi bajet ketika meninjau persiapan akhir Bajet 2016 di Kementerian Kewangan. - Gambar Bernama
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Bajet 2016 akan beri keutamaan untuk lindungi rakyat, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengetengahkan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi melindungi ekonomi Malaysia dalam persekitaran ekonomi global serba mencabar.

Najib tinjau persediaan penyediaan Bajet 2016
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa kira-kira sejam meninjau persiapan penyediaan Bajet 2016 di Perbendaharaan, Kompleks Kementerian Kewangan di sini, malam ini.

Bajet 2016: Nilai BB1M tidak dikurangkan - Idris Jusoh
Kementerian Pendidikan Tinggi menjangkakan insentif kerajaan kepada pelajar menerusi program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2016.