Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Four Seasons Place yang pertama di Asia Tenggara, sebuah pembangunan bernilai RM2.8 bilion oleh Venus Assets Sdn Bhd.
Pengerusi Venus Assets Tan Sri Syed Yusof berkata pembangunan 1.5 juta kaki persegi dijangka siap dibina dalam masa empat tahun dan selepas itu akan menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.
"Ia akan memberi kesan kepada industri-industri lain seperti pembekal, kontraktor, arkitek, jurutera dan bank," katanya pada majlis pelancaran itu di sini Rabu.
Turut menyaksikan pelancaran tersebut adalah DYM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sementara itu, Najib berkata projek ini dan banyak lagi yang serupa dengannya, menunjukkan kedua-dua pelabur dan pemaju mengiktiraf kekukuhan asas ekonomi Malaysia.
"Bukan hanya ia menunjukkan bentuk pertumbuhan yang akan mendorong Malaysia mencapai Wawasan 2020 dan selepasnya, tetapi ia juga menandakan keyakinan pelabur terhadap modal kita, negara kita dan ekonomi kita," katanya dalam ucapannya.
Pembangunan bersepadu Four Seasons Place terdiri daripada bangunan 65 tingkat melibatkan lebih 300,000 ruang jualan mewah, dilengkapi lebih 231 bilik hotel serta hotel apartmen berservis dan kediaman dengan keluasan daripada 1,300 hingga 12,000 kaki persegi seunit.
"Four Season Hotel akan memberikan perkhidmatan hotel lima bintang bertaraf antarabangsa terbaik kepada tetamu dan penghuninya," tambah beliau.
Four Seasons Place dan Four Seasons Hotel Kuala Lumpur akan dikendalikan oleh Four Seasons Hotel and Resort.
Bernama
Wed Jan 30 2013
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Sept 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
Unpacking the key drivers fueling economic expansion in 2024
Discussion with Chief Executive Officer, BIMB Securities Sdn Bhd, Dr. Rosnani Rasul to understand the multifaceted dynamics shaping Malaysia's economic landscape in 2024. From projected GDP growth and robust private consumption to navigating global economic conditions and commodity price volatility, the country faces both opportunities and challenges.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8.13 pagi, ringgit susut kepada 4.2610/2785 berbanding dolar US daripada 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
Keterjaminan Makanan: Tingkat kelangsungan bekalan beras negara
Untuk mengulas lanjut berkenaan industri padi beras negara, serta usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap sara diri, kita bersama dengan Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Awani Pagi: PT3 dan UPSR: Ketinggalan zaman atau masih relevan?
Diskusi bersama Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengenai implikasi pengembalian PT3 dan UPSR serta kesan perubahan dasar pendidikan terhadap masa depan pelajar dan sistem pendidikan kita.
[Data & Statistik]: Industri padi & beras negara
Niaga AWANI berkongsi beberapa data penting yang memberi gambaran serta realiti sebenar berkenaan industri padi dan beras di negara ini.
Najib lancar Four Seasons Place Kuala Lumpur
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Four Seasons Place yang pertama di Asia Tenggara bernilai RM2.8 bilion.