Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa Malaysia telah dinamakan sebagai ekonomi Islam paling maju di dunia oleh penyedia perkhidmatan perniagaan pintar global, Thomson Reuters.
"Institusi kerajaan dan perbankan meletakkan asas yang kukuh untuk perbankan Islam berkembang - berpegang kepada ajaran Islam," katanya menerusi catatan dalam laman Facebooknya, hari ini.
Pada Khamis, pemangku Ketua Perbankan Islam Thomson Reuters, Mustafa Adil dilaporkan sebagai berkata perbankan Islam Malaysia jauh mengatasi negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Ketika berucap pada Forum Ekonomi Dunia Islam ke-11, Mustafa berkata Malaysia mencatatkan prestasi tertinggi dalam semua petunjuk yang digunakan untuk mengukur kemajuan, termasuk tahap kemajuan negara melalui enam petunjuk iaitu tahap tadbir urus, ketelusan, pendidikan, kewangan, tanggungjawab sosial korporat dan kesedaran secara keseluruhan.
Bernama
Fri Nov 06 2015
NAJIB: Institusi kerajaan dan perbankan meletakkan asas yang kukuh untuk perbankan Islam berkembang - berpegang kepada ajaran Islam. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Najib gembira M'sia dinamakan sebagai ekonomi Islam paling maju
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa Malaysia telah dinamakan sebagai ekonomi Islam paling maju di dunia oleh penyedia perkhidmatan perniagaan pintar global, Thomson Reuters.