My E.G. Services (MyEG), melalui anak syarikat milik penuhnya, MY EG (Indonesia) Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT Cartenz Technology Indonesia (Cartenz) untuk melabur dalam penyedia e-Kerajaan terkemuka Indonesia.
Kerjasama strategik tersebut, tertakluk kepada pemenuhan terma dan syarat yang berkaitan, akan menyaksikan MyEG melabur AS$10 juta (AS$1 = RM4.19) bagi 40 peratus kepentingan, kata MyEG dalam kenyataan berikutan majlis menandatangani MoU di sini, hari ini.
Ia juga akan menyaksikan MyEG dan Cartenz melaksanakan satu sistem yang menjalankan pemantauan masa nyata transaksi perniagaan untuk tujuan pengiraan cukai di seluruh Indonesia.
MyEG berkata, setakat ini Cartenz telah memasang sistem pemantauan cukai di sekitar 5,000 outlet perniagaan dan telah menyediakan sistem pendapatan cukai kepada 76 kerajaan tempatan, termasuk Jakarta dan Bali.
Menurutnya, kombinasi kekuatan rakan kongsi terbabit - penyelesaian proprietari MyEG bersama rekod kejayaan Cartenz dalam landskap operasi tempatan, dijangka dapat meningkatkan pemasangannya kepada satu juta yang disasarkan.
Di samping itu, MyEG dan Cartenz juga akan bekerjasama untuk melancarkan penyelesaian lain yang MyEG telah guna pakai di Malaysia dan Filipina.
Pengarah Urusan MyEG, TS Wong berkata, Cartenz adalah rakan kongsi yang mempunyai wawasan yang sama bagi memanfaatkan kuasa teknologi untuk memajukan penyampaian perkhidmatan kerajaan dan komersil untuk kepentingan pengguna.
"Malah semasa kami memperkenal sistem pemantauan cukai kami di Malaysia dalam tempoh dua tahun yang lalu, Cartenz juga melakukan perkara yang sama di Indonesia, yang membuktikan bahawa kami berkongsi visi yang sama.
"Sudah tentu, potensi ekonomi Indonesia yang besar tidak boleh dinafikan dan kami berharap dapat menjadi sangat agresif dalam melaksanakannya kepada satu juta outlet dalam tempoh tiga tahun," katanya.
Beribu pejabat di Jakarta, Cartenz adalah sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi yang terlibat terutama dalam penyediaan sistem maklumat kepada semua peringkat agensi kerajaan untuk pengurusan yang lebih cekap, termasuk dalam pentadbiran cukai daerah.
Pelancaran MyEG ke Indonesia adalah usaha sama ketiga di luar negara untuk kumpulan itu, selepas ia aktif di Filipina sejak 2017 dan baru-baru ini di Bangladesh.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MyEG, Datuk Dr Norraesah Mohamad berkata, MyEG kini merupakan peneraju perkhidmatan e-Kerajaan yang terkemuka di pasaran ASEAN.
"Kami akan terus menggunakan model kami dan mengeksport sistem kami ke pasaran baru muncul yang lain, dengan itu mencapai satu daripada objektif Koridor Raya Multimedia yang pertama kali diilhamkan oleh perdana menteri 20 tahun lalu," katanya.
Beliau menyifatkan MoU itu sebagai bukti yang jelas mengenai pengiktirafan antarabangsa terhadap keupayaan dan kredibiliti MyEG sebagai syarikat teknologi, menggariskan kedudukan utama MyEG sebagai peneraju serantau dalam produk dan perkhidmatan e-Kerajaan. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 26 2018
![MyEG masuk pasaran Indonesia MyEG masuk pasaran Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81538753708_MyEG.jpg)
Kerjasama itu akan menyaksikan MyEG melabur AS$10 juta bagi 40 peratus kepentingan. - BERNAMA/Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704515006_MYEG.jpg)
MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing
MY E.G. Services Bhd mengumumkan pembaharuan dalam talian Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing akan disambung semula pada 15 Januari 2024.
![MyEG dan subsidiari dapat kontrak lanjutan tiga tahun JPJ MyEG dan subsidiari dapat kontrak lanjutan tiga tahun JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/81538753708_MyEG.jpg)
MyEG dan subsidiari dapat kontrak lanjutan tiga tahun JPJ
Kontrak lanjutan itu akan bermula 23 Mei tahun ini sehingga 22 Mei 2026.
![KDN beri MyEG lanjutan dua tahun bagi perkhidmatan berkaitan imigresen KDN beri MyEG lanjutan dua tahun bagi perkhidmatan berkaitan imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688742722_MYEG.jpg)
KDN beri MyEG lanjutan dua tahun bagi perkhidmatan berkaitan imigresen
MyEG diberikan lanjutan selama dua tahun oleh KDN bagi perkhidmatan berkaitan imigresen.
![Perkhidmatan dalam talian mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan - MYEG Perkhidmatan dalam talian mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan - MYEG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688742722_MYEG.jpg)
Perkhidmatan dalam talian mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan - MYEG
MyEG Services Bhd menjelaskan perkhidmatan yang boleh didapati di platform dalam taliannya adalah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
![MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688742722_MYEG.jpg)
MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan
Menurut MyEG, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tiba masanya.
![Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681101861_TBPCANTHONYLOKE.jpg)
Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke
Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.
![Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650685792_MajlisAgamaIslamN.jpg)
Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan
Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21.
![Untung bersih MyEG meningkat kepada RM398.70 juta pada tahun kewangan 2022 Untung bersih MyEG meningkat kepada RM398.70 juta pada tahun kewangan 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675788614_myeg.jpg)
Untung bersih MyEG meningkat kepada RM398.70 juta pada tahun kewangan 2022
Perolehan MyEG susut 10.11 peratus kepada RM651.18 juta daripada RM724.41 juta sebelum ini berikutan permintaan yang rendah.
![Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675788614_myeg.jpg)
Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas
MyEG turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan berkaitan lesen memandu dan cukai jalan berkenaan tetap berjalan lancar.
![MyEG meterai perjanjian bagi miliki, kendali Xinghuo BIF International Supernode MyEG meterai perjanjian bagi miliki, kendali Xinghuo BIF International Supernode](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651768930_myeg.jpg)
MyEG meterai perjanjian bagi miliki, kendali Xinghuo BIF International Supernode
Dengan teknologi dan keupayaan perkhidmatan awamnya, Xinghuo BIF akan menyediakan perkhidmatan blockchain kepada negara ASEAN.