Penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS merupakan faktor utama yang menyebabkan kerugian ditanggung Mydin Mohamed Holdings Bhd pada 2016, dan bukan disebabkan oleh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau dasar-dasar kerajaan.
Pengarah Urusannya Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata pengusaha pasar raya besar Mydin di seluruh negara mengalami kerugian disebabkan penurunan nilai ringgit kerana kebanyakan daripada produknya diimport.
"Paras ringgit berbanding dolar AS adalah pada 3.65 pada 1 April, 2015, berbanding kira-kira 4.42 setiap dolar AS ketika ini. Itulah berapa banyak ringgit yang telah turun dalam tempoh itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Ameer berkata kelemahan ringgit berbanding dolar AS telah menyebabkan Mydin terpaksa membayar harga lebih tinggi lagi bagi produk yang dipesannya, tanpa menaikkan harga kepada pengguna.
Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan yang tersebar dalam media sosial mendakwa pasar raya besar itu mengalami kerugian disebabkan dasar dan pentadbiran kerajaan sekarang.
Ameer menegaskan beliau tidak menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa dalam laporan-laporan itu, dan tidak pernah mengkritik pentadbiran sekarang, walaupun ada beberapa dasar-dasar yang diperkenalkan mungkin menjejaskan perniagaan.
Menurutnya, GST tidak pernah menjadi punca kepada kerugian itu kerana cukai tersebut hanya menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini.
Beliau berkata Akta Anti Pencatutan menyukarkan Mydin untuk menaikkan harga produknya kerana proses itu remeh, memerlukan perniagaan untuk menyatakan alasan terperinci mengapa mereka perlu menaikkan harga bagi mana-mana produk tertentu yang mereka jual.
Justeru itu, katanya, sukar untuk memindahkan kos kepada pengguna, kerana kelemahan ringgit telahpun menyebabkan penurunan kuasa beli, yang seterusnya menjejaskan perniagaan kumpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2017
Penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS merupakan faktor utama yang menyebabkan kerugian Mydin Mohamed Holdings Bhd pada 2016. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Pembekal punca harga barang kekal tinggi - Mydin
Datuk Ameer Ali Mydin berkata undang-undang mewajibkan peniaga menurunkan harga jika pembekal menurunkan harga.
Mydin perjelas kerugian disebabkan kelemahan mata wang
Penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS merupakan faktor utama yang menyebabkan kerugian ditanggung Mydin Mohamed Holdings Bhd pada 2016.