Mydin Mohamed Holdings Bhd yang juga pemilik salah satu rangkaian pasar raya terbesar Malaysia, Mydin, berhasrat untuk menceburi perniagaan dalam talian yang menjadi antara usaha untuk mengembang serta mempelbagaikan portfolio perniagaan syarikat itu.
Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata syarikat tersebut kini menunggu masa yang sesuai bagi melancarkan inisiatif itu.
"Pasaran amat lemah sekarang dan kami menunggu untuk mencatat peningkatan sebelum boleh memulakan perniagaan dalam talian.
"Ini disebabkan perniagaan dalam talian itu berbeza dan melibatkan beberapa penggiat besar dalam dunia digital. Saya perlu berhati-hati," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2017 di sini, pada Rabu.
Persidangan dua hari bertemakan 'Future of Work: Preparing For Tomorrow Today,' adalah anjuran bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan firma pelaburan berpejabat di Amerika Syarikat, BNY Mellon.
Ameer berkata buat masa ini, Mydin akan memberi tumpuan terhadap usaha menambah bilangan cawangan dan memantau prestasi industri yang masih terjejas akibat kelembapan ekonomi serta penyusutan nilai ringgit.
Malah, katanya, Mydin juga merancang untuk menambah dua cawangan baharu pada tahun ini dan kemungkinan tiga lagi cawangan pada tahun berikutnya.
Mengulas prestasi jualan Mydin, beliau mengakui kesukaran syarikat untuk mencatat semula peningkatannya pada tahun ini berikutan kuasa beli yang rendah di pasaran biarpun Malaysia merekodkan pertumbuhan kukuh pada suku pertama 2017.
"Kami sedang berusaha mengekalkan harga sedia ada dengan harapan keadaan pulih semula. Inilah cabaran utama kami sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2017

Buat masa ini, Mydin akan memberi tumpuan terhadap usaha menambah bilangan cawangan dan memantau prestasi industri yang masih terjejas akibat kelembapan ekonomi serta penyusutan nilai ringgit. - Gambar hiasan
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Kebakaran Mydin Manjoi: Ameer Ali reda, syukur tiada kemalangan jiwa
Seluruh warga kerja Mydin Mohamed Holdings Berhad menerima ketentuan Allah SWT.

Isu beras tempatan: 'Bekalan cukup? Menteri boleh datang ke Mydin' - Ameer Ali
Isu kekurangan bekalan beras tempatan terus meruncing... kali ini di pasar raya besar Mydin turut menerima kesan yang sama.

Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi
Katanya, MYDIN melakukan anjakan paradigma yang harus diikuti syarikat-syarikat lain supaya kekal kompetitif dalam industri.

Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga d

Mydin beli produk PMKS bernilai RM230 juta setahun
Sebanyak 90 peratus pembelian adalah produk makanan dan minuman kerana ia adalah keperluan harian.

Peniaga perlu henti harapkan subsidi tambahan - Ameer Ali
Peniaga Menu Rahmah jangan harap subsidi tambahan untuk kekal menjual hidangan tersebut, pesan bos besar Mydin.

Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin
KPDN perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat pihak tertentu.

Kenaikan gaji tak wajar disekat, naikkan secara sistematik - Ameer Ali Mydin
Ia adalah kesilapan kerajaan selama ini yang menyebabkan kuasa membeli rakyat tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.

Mydin perluas Menu Rahmah ke seluruh negara
Meskipun kos bahan mentah di Sabah dan Sarawak lebih tinggi, pihaknya tetap bertekad menawarkan menu makanan bawah RM5 di seluruh negara.