Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) dan Rapid Rail Sdn Bhd, menandatangani perjanjian penyerahan serta pengoperasian, yang secara rasminya melantik Rapid Rail sebagai pengendali Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK).
Selain keperluan operasi bagi laluan berkenaan, perjanjian itu juga memperincikan obligasi Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, melibatkan penyelenggaraan gerabak, stesen, sistem dan aset lain.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata ia merupakan saat bersejarah bagi MRT Corp kerana ia menandakan transformasi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang daripada projek yang dalam pembinaan, ke arah pengoperasian laluan berkenaan.
"Sepanjang enam tahun lepas, MRT Corp bekerja keras untuk mewujudkan sistem MRT moden, dan kini kami menghampiri saat penyerahan projek yang kami wujudkan kepada pengendali yang dilantik," katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Menerusi perjanjian itu, Rapid Rail dilantik sebagai pengendali untuk tempoh 10 tahun, dengan pilihan membolehkan lanjutan tempoh selama lima tahun lagi.
Perjanjian itu disediakan atas dasar terma pajakan aset dengan Rapid Rail memajak daripada MRT Corp dengan bayaran tahunan, kata MRT Corp.
"Rapid Rail akan menjalankan operasi laluan MRT dan mengekalkan semua tambang yang dikutip, manakala MRT Corp akan mengekalkan hasil bukan tambang, seperti pendapatan daripada pengiklanan dan pajakan runcit.
"Tambang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," katanya.
Rapid Rail juga bertanggungjawab ke atas menyelenggara aset.
Bagaimanapun, kos pembersihan utama akan ditanggung oleh MRT Corp, sebagai pemilik aset.
MRT Corp akan menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ke atas Rapid Rail bagi memastikan aset beroperasi pada tahap tertinggi.
KPI itu juga akan membolehkan MRT Corp mengoptimumkan kos kitaran hayat pengurusan aset.
Pada akhir tempoh pajakan, aset akan dikembalikan kepada pemilik aset dalam situasi yang saksama.
Prasarana juga akan mengendalikan sistem bas pengantara yang akan menyediakan sambungan pertama hingga ke peringkat akhir dalam rangkaian MRT.
Fasa pertama Laluan SBK - antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Semantan - akan mula beroperasi pada Disember 2016, manakala operasi peringkat kedua yang meliputi keseluruhan laluan, bermula pada Julai 2017.
Untuk itu, penyerahan oleh MRT Corp kepada Rapid Rail akan dijalankan dalam dua peringkat mengikut dua tarikh operasi.
Kerajaan sebelum ini memutuskan Prasarana atau anak syarikatnya, akan mengendalikan operasi Laluan SBK, laluan pertama Projek MRT Lembah Klang yang dibangunkan oleh MRT Corp.
Ini bagi memastikan integrasi lengkap perkhidmatan MRT dengan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan perkhidmatan monorel sedia ada yang dikendalikan oleh Rapid Rail.
MRT Corp akan kekal sebagai pemilik aset Laluan SBK.
Bernama
Sat Jul 02 2016

SHAHRIL: Ini saat bersejarah bagi MRT Corp kerana ia menandakan transformasi Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang. -Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

MRT Corp, Rapid Rail muktamatkan perjanjian serah MRT
Perjanjian itu juga memperincikan obligasi Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, melibatkan penyelenggaraan gerabak, stesen, sistem dan aset lain.