KUALA LUMPUR: Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) menyemak naik kadar pertumbuhan tahunan industri runcit negara bagi 2022 kepada 13.1 peratus daripada 6.3 peratus sebelum ini berikutan unjuran prestasi lebih kukuh dalam suku kedua tahun ini.
Timbalan Presidennya Ken Phua Cheng berkata kadar pertumbuhan runcit bagi suku kedua tersebut dijangka meningkat kepada 25.7 peratus susulan jangkaan peningkatan perniagaan berkaitan.
"Unjuran itu merangkumi gedung, pasar raya, pasar raya mini, kedai fesyen dan aksesori, farmasi, penjagaan diri, produk kanak-kanak dan bayi, perabot serta premis runcit yang khusus.
"Peningkatan itu turut disokong oleh galakan daripada Kementerian Pelancongan yang menyasarkan kehadiran 2 juta pelancong asing menjelang akhir tahun ini. Secara keseluruhannya, keadaan kelihatan agak baik untuk kami," katanya pada sidang media mengenai acara Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (MIRF) Kali Kelima di sini, pada Selasa.
Mengikut Laporan Industri Runcit Malaysia, kedai serbaneka dan pengendali pasar raya dijangka mengekalkan kadar pemulihan dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 41.8 peratus bagi suku kedua 2022 namun pengendali gedung beli-belah mengunjurkan perniagaan mereka menyederhana pada 14.1 peratus bagi suku kedua tahun ini.
Menurutnya, peruncit fesyen dan aksesori menjangkakan perniagaan mereka terus maju dengan kadar pertumbuhan 58.9 peratus pada suku kedua 2022 berbanding tempoh sama setahun lepas -- unjuran tertinggi dalam subsektor runcit bagi suku terbabit.
Laporan itu menyatakan, peruncit produk kanak-kanak dan bayi juga optimis terhadap pemulihan lebih kukuh pada 41.2 peratus bagi suku kedua 2022 manakala pengendali pasar raya, kedai serbaneka dan koperasi menjangkakan kadar pertumbuhan pada 6.8 peratus.
Bagaimanapun, pengendali pasar raya dan pasar raya besar menjangkakan kekal dalam zon negatif dengan penurunan pertumbuhan 3.5 peratus bagi suku kedua 2022 iaitu unjuran terendah dalam kalangan subsektor runcit bagi suku ini.
Sementara itu, ahli majlis MRCA dan Pengerusi Penganjur MIRF 2022 Christine Tan berkata acara yang dijadualkan berlangsung pada 14-16 Julai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dijangka menjana pendapatan hampir RM90 juta bagi para pempamer.
MIRF 2022 yang dijangka menarik kehadiran 15,000 pengunjung, akan mengetengahkan lebih 400 gerai pameran dari 15 negara peserta termasuk Singapura, Taiwan, Korea, Jepun dan Sri Lanka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 22 2022
![MRCA naikkan kadar pertumbuhan industri runcit 2022 kepada 13.1 peratus MRCA naikkan kadar pertumbuhan industri runcit 2022 kepada 13.1 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640314456_TBTROLLEY.jpg)
Kedai serbaneka dan pengendali pasar raya dijangka mengekalkan kadar pemulihan dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 41.8 peratus. - Gambar hiasan
![Rusuhan Bangladesh: KPT sediakan kaunselor, penginapan untuk pelajar, ibu bapa Rusuhan Bangladesh: KPT sediakan kaunselor, penginapan untuk pelajar, ibu bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721736912_pelajarmalaysiaba.jpg)
Rusuhan Bangladesh: KPT sediakan kaunselor, penginapan untuk pelajar, ibu bapa
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyediakan kaunselor untuk semua pelajar dan ibu bapa pelajar yang terperangkap akibat rusuhan di Bangladesh.
Rusuhan Bangladesh: Hilang segala gundah-gulana lihat anak depan mata
Hati ibu mana yang tidak risau bila anak tidak di depan mata, jauh pula di negara orang. Lebih risau bila dapat tahu ada rusuhan di sana, dapat pula berita ada yang maut akibat insiden itu.
Gundah-gulana hati dibuatnya, tidur malam pun tidak lena. Itulah perasaan Nor Hamimi Harun, ibu kepada dua anak lelaki yang terperangkap di Bangladesh. Ketika ditemui di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), wajah wanita ini sentiasa tersenyum. Tangan pula sentiasa memeluk salah seorang anaknya yang berusia 22 tahun, Muhammad Aliff Hazim.
Gundah-gulana hati dibuatnya, tidur malam pun tidak lena. Itulah perasaan Nor Hamimi Harun, ibu kepada dua anak lelaki yang terperangkap di Bangladesh. Ketika ditemui di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), wajah wanita ini sentiasa tersenyum. Tangan pula sentiasa memeluk salah seorang anaknya yang berusia 22 tahun, Muhammad Aliff Hazim.
Tujuh wilayah di Lembah Klang alami gangguan tidak berjadual
Tujuh wilayah di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (dolar US) hari ini berikutan minat belian baharu menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia, kata seorang penganalisis.
Misi evakuasi berjaya, 123 selamat dibawa pulang
Seramai 123 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA 2 dari Bangladesh menggunakan pesawat khas AirAsia pada jam 4.56 petang, Selasa.
![Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721438703_AnwarIbrahim.jpg)
Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM
Deklarasi Beijing merupakan langkah yang amat penting terutamanya dalam mencapai hak dan kebebasan buat rakyat Palestin.
AWANI Borneo [23/07/2024] - STPM 2024 | Projek sakit | Tawaran istimewa
AWANI Borneo 23 Julai 2024 bersama Fauzi Zin
1. 88 calon STPM 2023 Sarawak catat PNGK 4.0
2. Hajiji gesa projek sakit di sabah ditangani segera.
3. AirAsia terbang ke Borneo dari Subang mulai 30 Ogos 2024
1. 88 calon STPM 2023 Sarawak catat PNGK 4.0
2. Hajiji gesa projek sakit di sabah ditangani segera.
3. AirAsia terbang ke Borneo dari Subang mulai 30 Ogos 2024
![Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721730168_HamasWangYi.jpg)
Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.
![Budak hilang selepas balik sekolah, ditemui di pusat beli-belah Budak hilang selepas balik sekolah, ditemui di pusat beli-belah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721734415_tbkanakkanaklelaki.jpg)
Budak hilang selepas balik sekolah, ditemui di pusat beli-belah
Seorang kanak-kanak lelaki yang disangkakan hilang selepas didapati tidak menaiki bas sekolah untuk pulang ke rumah ditemui anggota polis di sebuah pusat beli-belah di Tebrau.
![Andy Murray sahkan bersara selepas Olimpik Paris Andy Murray sahkan bersara selepas Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/81547521505_AndyMurray.jpg)
Andy Murray sahkan bersara selepas Olimpik Paris
Pemain Britain Andy Murray mengesahkan dia akan bersara selepas Sukan Olimpik 2024.
![Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61541753047_AMBANK.jpg)
Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua
Damansara MP Tony Pua explained the three major considerations on what went into the development and execution of Budget 2019.
![MRCA hantar satu tan khemah untuk ringankan beban mangsa gempa MRCA hantar satu tan khemah untuk ringankan beban mangsa gempa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/81432132075_295x200.jpg)
MRCA hantar satu tan khemah untuk ringankan beban mangsa gempa
Susulan gempa bumi Nepal 12 Mei lalu, ramai pihak tampil menghulurkan bantuan termasuklah Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia, MRCA yang menyumbang satu tan khemah kepada mangsa gempa.