Kejatuhan harga minyak akan meningkatkan tekanan ke atas bank di seluruh dunia, dengan negara pengeksport bersih minyak utama paling terdedah kepada risiko kredit dalam tempoh terdekat, kata Moody's Investors Service.
Dalam laporan baharu mengenai risiko kredit bank global akibat kejatuhan harga minyak, Moody's berkata terdapat risiko besar bahawa pemulihan harga akan berlaku secara lebih perlahan, malah terdapat risiko bahawa harga akan terus jatuh.
Minyak mentah WTI didagangkan pada US$31 setong dan Brent pada US$33 setong.
Bulan lepas, agensi penarafan itu menurunkan unjuran harga ke hadapan ekoran lebihan bekalan yang berterusan selain pertumbuhan permintaan yang rendah dalam pasaran tenaga dunia.
Moody's dalam kenyataan itu mengunjurkan risiko kredit ke atas bank di rantau ini, yang menjadi pengeksport bersih minyak, akan meningkat berdasarkan pendedahan langsung dan tidak langsung ke atas harga minyak yang terus rendah selain potensi penyusutan kualiti aset.
Namun agensi penarafan itu berkata walaupun harga minyak yang rendah boleh menjejaskan pendapatan dan boleh diurus bank-bank di dunia, ia (harga minyak) boleh menguji nilai kredit beberapa bank dalam portfolio penarafan globalnya.
"Kami percaya senario 'harga rendah yang lebih lama' bagi harga minyak merupakan kes asas dalam senario ini, dan menjangkakan bank di rantau pengeksport minyak akan menyaksikan risiko yang meningkat kepada pemberi kredit apabila bank menyesuaikan diri dalam kedudukan normal baharu ini," kata Pengarah Urusan Moody's, Frederic Drevon.
Moody's berkata pendedahan pinjaman korporat bank dan aktiviti berkaitan pasaran modal, boleh memacu tekanan ke bawah ke atas profil kredit masing-masing, terutama bank di rantau pengeksport minyak.
Penganalisis Moody's juga menekankan bahawa penurunan dalam perbelanjaan pengguna atau tekanan ke atas pertumbhan keluaran dalam negara kasar disebabkan harga minyak yang rendah, boleh memberi tekanan ke atas kualiti aset dan pendapatan bank.
Namun katanya bank di negara industri minyak sebahagian besarnya menjadi milik negara, dan bergantung kepada hasil berkaitan minyak, mungkin kurang terdedah ke pada keingkaran pinjaman berikutan sokongan kerajaan ke atas industri itu.
Bernama
Thu Feb 25 2016
Minyak mentah WTI didagangkan pada US$31 setong dan Brent pada US$33 setong. - Foto AFP
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Rakyat lega harga ayam tidak naik selepas subsidi ditamatkan - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, rakyat sebelum ini gusar harga runcit ayam akan melonjak apabila subsidinya ditamatkan.
#SuaraMalaysia: 86 peratus bimbang kos barang makanan
Didapati 86 peratus responden menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi mereka.
Bekalan ayam: Jabatan Veterinar diberi seminggu kemuka cadangan pengurusan data - Annuar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar diberikan masa seminggu untuk mencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi mengenai corak pengurusan data pengeluaran dan import ayam.
Bantut: Fahami situasi, kaji punca harga tinggi susu formula
Apa yang harus dilakukan kini adalah mencari jalan untuk memahami situasi dan persekitaran kanak-kanak ini yang kebanyakannya berasal dari keluarga tidak berkemampuan.
Amalkan budaya 'kira dulu, makan kemudian', elak dicaj harga tinggi di restoran
Penting buat 'pengiraan' terlebih dahulu, tanya harga sebenarnya sebelum makan.
Kerajaan peruntuk RM5 juta tambah baik kualiti tepung gandum subsidi
Walaupun ditambah baik, harga jualan tepung gandum bersubsidi kekal dijual pada harga RM1.35 sekilogram untuk tidak membebankan pengguna.
KPDNHEP jamin bekalan ayam semasa mencukupi
Kilang pemprosesan ayam yang membekalkan ayam proses dan produk-produk berasaskan ayam diseluruh negara itu diarahkan tutup sehingga 4 Jun.
Peniaga naikkan harga jualan, tak patuh undang-undang boleh didakwa - Nanta
Situasi harga barangan keperluan pengguna yang tidak terkawal, termasuk minyak masak botol di pasaran, menjadi penyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat.
'Kalau turunkan harga, belum tentu pelanggan nak datang'
Rata-rata mereka berpandangan, berkemungkinan pelanggan tidak juga berkunjung ke premis perniagaan mereka walaupun harga barangan diturunkan begitu rendah.
Pengurangan harga rokok sah mampu banteras isu penyeludupan?
Persoalannya, adakah kajian telah dibuat dengan menurunkan harga rokok sah akan mengurangkan lambakan rokok tidak sah?