Moody's Investors Service menjangkakan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.4 peratus tahun ini yang hampir dengan bahagian paling tinggi unjuran kerajaan iaitu antara 4.0 hingga 4.5 peratus.
Naib Presiden-Penganalisis Kanan Kumpulan Risiko Kreditnya, Christian de Guzman berkata unjuran Moody's itu adalah berasaskan kepada prospek eksport, pelaburan dan penggunaan negara yang sejajar dengan sentimen lemah pengguna bagi tahun ini.
"Prospek penarafan kredit Malaysia kekal stabil atas sokongan trend penstabilan fiskal yang kekal kukuh.
"Tindak balas dasar telah berkembang, rizab telah stabil dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana bank pusat bertoleransi dengan fleksibiliti kadar pertukaran yang baik, tetapi imbangan akaun semasa walaupun masih mencatatkan lebihan, mencerminkan penimbal mengecil berbanding aliran modal," katanya pada taklimat media di sini, hari ini, mengenai edisi Inside ASEAN Moody's yang baru dikeluarkan.
Edisi itu mengkaji pelaksanaan pembaharuan dasar utama di Malaysia yang mengurangkan kesan negatif harga rendah minyak ke atas paras fiskal kerajaan.
Moody's berkata tekanan luaran termasuk peningkatan ketidaktentuan aliran modal dan penurunan nilai kadar pertukaran telah memperlahankan pertumbuhan dan metrik luaran Malaysia yang dengan itu menyokong keputusannya terdahulu untuk menyemak semula prospek penarafan kredit kepada stabil daripada positif.
Mengenai minyak mentah, syarikat penarafan antarabangsa itu masih mengandaikan rejim harga yang rendah pada purata US$33 setong tahun ini berikutan alasan lebihan bekalan dan pengeluaran minyak syal mungkin bertindak sebagai siling bagi kenaikan harga minyak.
"Mudah tunai kekal kukuh bagi syarikat minyak nasional Petronas kerana ia mendapat manfaat daripada tahap tinggi fleksibiliti kewangan kerajaan dan keupayaan untuk mengurangkan dividen," katanya.
Bagi ringgit, de Guzman berkata beliau masih mengekalkan unjuran kadar purata 4.20 berbanding dolar AS bagi tahun ini kerana semakan semula adalah terlalu awal.
Manakala mengenai 1Malaysia Development Bhd, beliau berkata, ia tidak lagi memiliki risiko kontingensi atau sistematik berikutan kemajuan syarikat itu ketika ini menjual dan membangunkan aset-asetnya.
Moody's berkata terdapat potensi pinjaman tidak berbayar tinggi antara satu hingga dua peratus bagi bank-bank tahun ini, kerana pembetulan harga hartanah boleh memberi risiko kualiti aset.
Bernama
Wed Mar 23 2016

Moody's Investors Service menjangkakan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.4 peratus tahun ini. -Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Moody's jangka pertumbuhan KDNK Malaysia 4.4 peratus tahun ini
Moody's Investors Service menjangkakan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.4 peratus tahun ini.

Prospek masa depan Malaysia kekal positif, kata Moody's
Moody's Investors Service menyifatkan prospek penarafan Malaysia kekal positif sebagaimana yang pernah dinyatakannya pada Januari lepas berikutan aliran pengukuhan fiskal negara ini yang masih utuh.