Moody's Investors Service memberi penarafan 'A3' hutang tidak bercagar senior mata wang asing jangka panjang kepada nota senior HK$200 juta (HK$100 = RM53.65) Malayan Banking Bhd (Maybank) yang diterbitkan di bawah Program Nota Jangka Sederhana pelbagai mata wang bank bernilai US$15 bilion.
"Prospek stabil, seiring dengan prospek kukuh terhadap penarafan deposit 'A3' Maybank dan penarafan negara 'A3' Malaysia.
"Nota senior membawa kupon kadar tetap pada 1.80 peratus setahun dan akan matang pada 2 Ogos, 2019," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Moody's berkata penarafan 'A3' diberikan kepada nota HK$ seiring dengan penarafan deposit mata wang asing 'A3' Maybank.
"Nota HK$ akan mengandungi obligasi tanpa syarat, tidak subordinat dan obligasi tidak bercagar Maybank, dan bertaraf setara dengan obligasi tidak bercagar senior lain Maybank," katanya.
Ia berkata peningkatan penarafan negara 'A3' Malaysia mungkin akan membawa kepada kenaikan taraf 'A3' deposit mata wang asing Maybank dan penarafan hutang senior, dengan andaian metrik kredit kendiri bank itu kekal teguh.
Bernama
Tue Aug 02 2016
Menurut Moody's, prospek stabil, seiring dengan prospek kukuh terhadap penarafan deposit 'A3' Maybank dan penarafan negara 'A3' Malaysia. - Gambar fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Moody's sahkan penarafan A3 Malaysia dengan prospek stabil
Pemacu utama yang menyokong penarafan A3 dan prospek stabil itu adalah jangkaan beban hutang kerajaan kekal tinggi tetapi secara keseluruhannya stabil.
Moody's beri penarafan 'A3' bagi nota senior Maybank bernilai HK$200 juta
Moody's Investors Service memberi penarafan 'A3' hutang tidak bercagar senior mata wang asing jangka panjang kepada nota senior HK$200 juta, Malayan Banking Bhd (Maybank).