KUALA LUMPUR: Momentum Internet Sdn Bhd (Momentum Internet) bakal melancarkan siri jelajah Malaysia dalam program Momentum Bisnes 2022 yang bertemakan ‘Naikkan Perniagaan dan Jualan Anda’ pada 30 Mac ini.
Program tersebut dirangka khas oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Najib Asaddok untuk membantu usahawan-usahawan Malaysia beralih kepada perniagaan online dengan cara paling efektif, berkesan dan dengan formula yang terbukti menaikkan jualan.
Najib berkata, program tersebut akan disertai oleh usahawan daripada pelbagai industri dalam memacu jualan dan mengembangkan jenama mereka bagi pasaran di Malaysia.
“Momentum Bisnes 2022 (MB 2022) diadakan bagi mengatasi masalah usahawan yang sedang bergelut untuk berdaya tahan dalam tempoh mencabar ini dan memberi nasihat strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan membeli produk atau perkhidmatan mereka.
“Trend pemasaran hari ini telah banyak berubah, bukan disebabkan oleh perniagaan tapi minat pasaran itu sendiri.
"Justeru itu jika usahawan enggan berubah maka mereka akan gagal dan tidak berdaya saing,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Terdahulu, Najib Assadok menerima anugerah Marketing 2.0 – Outstanding Leadership Award daripada Marketing 2.0 Conference Dubai ketika majlis diadakan di Dubai pada Rabu lalu.
Anugerah tersebut diberikan diatas usaha beliau dalam membantu secara konsisten para usahawan bagi memacu perniagaan dan jualan mereka.
Menurut Najib, program MB 2022 sesuai dihadiri oleh usahawan-usahawan daripada pelbagai jenis industri yang ingin menjadi medium online sebagai alat pemasaran paling utama untuk menaikkan jenama mereka.
“Kami sangat percaya perniagaan menerusi platform online ini mampu meningkatkan lagi jualan dan sebagai kaedah yang terbukti berkesan bagi syarikat untuk terus mampan dan kekal relevan dalam pasaran.
“Ia dapat dibuktikan daripada jenama-jenama bisnes yang berjaya mentransformasi sehingga melepasi tahap jutaan ringgit antaranya termasuk Chef Tako, RIZKA, InaCalisya, Diana Dyan, Miragold, One Optometry Centre, Market Tokow dan banyak lagi,” jelasnya.
Momentum Internet merupakan syarikat diasaskan oleh Najib Asaddok bagi membantu para usahawan, pengasas produk, pengasas dan pemilik perniagaan dalam mengembangkan perniagaan mereka melalui tiga teknik iaitu pemasaran dalam talian, latihan serta bimbingan.
Haikal Raman
Sun Mar 27 2022

Najib Assadok menerima anugerah Marketing 2.0 Outstanding Leadership Award daripada Marketing 2.0 Conference Dubai ketika majlis diadakan di Dubai pada Rabu lalu.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Momentum Bisnes 2022: Inisiatif pacu perniagaan dan jualan usahawan
Momentum Internet bakal melancarkan siri jelajah Malaysia dalam program Momentum Bisnes 2022 yang bertemakan Naikkan Perniagaan dan Jualan Anda pada 30 Mac ini.