KUALA LUMPUR: Syarikat bioteknologi yang merintis terapeutik dan vaksin messenger RNA (mRNA), Moderna, Inc hari ini mengumumkan rancangan untuk menubuhkan anak syarikat baharu di Malaysia, disertai tiga anak syarikat lain di Taiwan, Singapura dan Hong Kong.
Pengumuman tersebut mengukuhkan kehadiran sedia ada Moderna di rantau ini dengan pejabat di Jepun, Korea Selatan dan Australia selain menunjukkan komitmen berterusannya terhadap rantau Asia-Pasifik sebagai bahagian penting dalam strategi jangka panjang dan visi komersialnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel berkata anak syarikat itu akan membantu menyampaikan penyelesaian mRNA kepada rakyat Malaysia.
"Malaysia merupakan peserta yang semakin berkembang dalam industri farmaseutikal dan bioteknologi.
"Kami berharap dapat meneroka peluang kerjasama tempatan memandangkan Moderna sedang meluaskan jejaknya di rantau Asia-Pasifik.
"Saya teruja untuk membina pasukan yang kukuh, yang dapat memenuhi potensi serantau dan menyampaikan platform mRNA yang kami tawarkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut syarikat itu, rancangan untuk menubuhkan anak syarikat tempatan mencerminkan keyakinan pihaknya terhadap trajektori pertumbuhan semasa industri farmaseutikal dan kesihatan di Malaysia.
Ia menambah, Moderna juga terdorong dengan komitmen kerajaan tempatan terhadap penyelidikan dan pembangunan bioteknologi.
Moderna sedang aktif mengambil pekerja untuk membentuk pasukan bagi membina penyertaan yang kukuh dalam pasaran apabila pembekalan terapeutik mRNA syarikat berkembang, jelasnya.
Moderna menambah, pembekalannya adalah luas, merangkumi 40 program pembangunan dengan 25 daripadanya sedang berada di peringkat ujian klinikal.
Pihaknya terus mengemas kini strategi COVID-19 untuk menangani varian yang menjadi kebimbangan seperti Omicron di samping mempelopori vaksin dan terapeutik baharu untuk pelbagai penyakit dan keadaan, tambahnya.
"Moderna sedang membangunkan ubat-ubatan mRNA yang berpotensi mencegah dan merawat penyakit dengan keperluan ketara yang belum dipenuhi, merentasi penyakit berjangkit, imuno-onkologi, penyakit yang jarang dan amat jarang jumpa, serta penyakit autoimun," menurutnya.
Moderna mempunyai operasi di 12 pasaran di seluruh dunia.
Pihak-pihak pengawal selia bagi lebih 70 pasaran telah meluluskan vaksin COVID-19 Moderna, termasuk sekurang-kurangnya 19 di rantau Asia-Pasifik.
Pada Ogos 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan kelulusan bersyarat bagi vaksin COVID-19 Moderna untuk kegunaan kecemasan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022

Moderna Inc umum rancangan tubuhkan anak syarikat baharu di Malaysia, disertai tiga anak syarikat lain di Taiwan, Singapura dan Hong Kong. -Gambar fail/Reuters
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Belgium akan musnahkan hampir 6 juta vaksin COVID-19 yang luput
Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.

Vaksin COVID-19: AS setuju cadangan dos penggalak kepada 12 tahun ke atas
CDC dijangka menerima pakai cadangan itu, sebagai langkah sebelum suntikan boleh dimulakan.

Moderna saman Pfizer, BioNTech kerana tiru paten
Moderna mendakwa, kedua-dua syarikat itu meniru teknologi yang dihasilkannya sejak sekian lama sebelum pandemik bermula.

Britain negara pertama lulus vaksin sasar dua varian COVID-19
Agensi Kawal Selia Kesihatan dan Perubatan UK memaklumkan ia memberi lampu hijau untuk vaksin berkenaan yang akan digunakan sebagai dos penggalak dewasa.

COVID-19: Vaksin Pfizer, Moderna lulus untuk kanak-kanak 6 bulan ke 5 tahun
Dengan kelulusan ini, sekitar 18 juta kanak-kanak dalam kumpulan umur berkenaan layak untuk menerima vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 April 2022.

Moderna minta FDA luluskan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak bawah 6 tahun
Vaksin dua dos itu dilaporkan 51 peratus berkesan terhadap jangkitan varian Omicron pada bayi berumur enam bulan hingga dua tahun.

COVID-19: Britain lulus vaksin Moderna untuk kanak-kanak 6-11 tahun
Kelulusan diberikan selepas vaksin dikenali sebagai Spikevax itu memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang diperlukan.

COVID-19: Moderna dakwa vaksin keluarannya berkesan terhadap bayi, kanak-kanak
Sekiranya pengawal selia Amerika Syarikat bersetuju, ia memberi peluang kepada pemberian vaksin kepada kanak-kanak menjelang musim panas.

Moderna rancang tubuh anak syarikat baharu di Malaysia
Syarikat bioteknologi yang merintis terapeutik dan vaksin messenger RNA (mRNA), Moderna, Inc. hari ini mengumumkan rancangan untuk menubuhkan anak syarikat baharu di Malaysia, disertai tiga anak syari