Rakyat di negara ini khususnya di Sabah yang menceburi bidang perniagaan, akan menerima manfaat besar dalam bidang teknologi maklumat, susulan langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperkenalkan Mobile e-Info yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Rabu.
Pengasas Raffcom Technologies Sdn Bhd, Datuk Md Afendi Hamdan berkata, inisiatif khidmat Mobil e-Info secara bergerak menggunakan trak itu, dilihamkan bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan pihaknya untuk membantu penjualan maklumat perniagaan secara atas talian.
Beliau berkata, untuk 'sesi pengenalan', trak berkenaan akan memulakan siri jelajahnya ke seluruh negeri ini dalam tempoh terdekat dan ianya bergantung kepada kelajuan akses talian 4G.
Jelasnya, antara manfaat Mobile e-Info, pengguna boleh terus mendapat maklumat perniagaan lebih mudah dan mendaftarkan syarikat mereka di atas talian tanpa perlu berurusan di pejabat lagi.
"Orang masih biasa pergi ke kaunter. Dengan adanya penjualan secara online ini, ia memudahkan lagi orang ramai terutama peniaga-peniaga, peguam, akauntan, setiausaha syarikat ataupun ahli peniagaan dari luar negara di seluruh dunia, boleh membeli maklumat mengenai sesuatu perniagaan.
"Ketika kita mula dulu, data terhad, saya rasa baru tiga juta... ketika itu kuota baru 800,000 namun sekarang sudah mencecah empat juta, dan untuk Sendirian Berhad dengan Enterprise pun sudah melebihi satu juta," katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis Pelancaran Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) dan Biz Fair Peringkat Negeri Sabah di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.
Program tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman serta menteri-menteri Kabinet Sabah.
Md Afendi dalam pada itu berkata, penjualan data secara atas talian memudahkan orang ramai khususnya golongan peniaga dalam dan luar negara mendapatkan maklumat berkaitan senario perniagaan di Malaysia.
Beliau turut berpendapat, soal penerimaan orang ramai khususnya di kalangan orang muda terhadap Mobil e-Info itu nanti tidak akan menjadi isu utama memandangkan pendedahan teknologi maklumat yang amat meluas pada masa kini.
"Sekarang sudah orang sudah buka mata, orang sudah tahu kemudahannya menggunakan online information amat mudah, dia tidak payah lagi naik teksi ke SSM ,dia tidak payah lagi daripada Kudat dia mahu turun SSM di Kota Kinabalu.
"Kini pakai handphone (telefon bimbit) pun sudah boleh dapat dengan adanya info apps (aplikasi) pun ada sekarang , download (muat turun) di info apps boleh dapat masuk akaun, buka akaun terus masuk saja di hujung jari," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Wed Mar 21 2018
![Mobile e-info dilancarkan di Sabah Mobile e-info dilancarkan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521647700_NajibTunRazak.jpg)
Najib merasmikan Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dan Biz Grant Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2018 di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu pada Rabu. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Mobile e-info dilancarkan di Sabah Mobile e-info dilancarkan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521647700_NajibTunRazak.jpg)
Mobile e-info dilancarkan di Sabah
Pengguna boleh terus mendapat maklumat perniagaan lebih mudah dan mendaftarkan syarikat mereka di atas talian tanpa perlu berurusan di pejabat lagi.