KUALA LUMPUR: MNRB Holdings Berhad (MNRB) kekal kukuh bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac 2022 (FY2022) dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 15.4% dalam Premium Kasar dan Sumbangan Takaful kepada RM3 bilion berbanding RM2.6 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.
Pendapatan pelaburan bersih bagi FY2022 adalah lebih rendah berbanding tahun lalu yang menyebabkan pengurangan dalam Keuntungan Bersih Kumpulan sebanyak 39.6% kepada RM114.4 juta.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Zaharudin Daud berkata, FY2022 telah memberi beberapa cabaran kepada persekitaran operasi kumpulan dengan pasaran domestik tidak terkecuali daripada mengalami impak secara langsung dan tidak langsung daripada pandemik global ini.
Sepanjang separuh pertama tahun kewangan kata beliau, pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan untuk menangani peningkatan semula kes COVID-19 dan variannya.
“Dalam meneruskan operasi pada tahun ini seiring dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara, kita telah dilanda kejadian banjir besar pada Disember 2021, dan sebagai sebuah organisasi reinsurans dan takaful yang bertanggungjawab, entiti-entiti kami segera bertindak dalam mengharungi cabaran akibat bencana tersebut.
“Kumpulan MNRB telah menunjukkan daya tahan yang tinggi, dalam mengharungi cabaran dan mencatatkan prestasi yang memberangsangkan pada FY2022,” kata beliau. -DagangNews
Dagang News
Tue May 31 2022
Kumpulan MNRB akan terus membina ketahanan perniagaan pada FY2023 dengan memanfaatkan lagi pendigitalan, antaranya ekosistem digital, GO by Takaful IKHLAS. -Dagang News
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
MNRB catat pertumbuhan keuntungan 15.4% kepada RM3 bilion FY2022
Pendapatan pelaburan bersih bagi FY2022 adalah lebih rendah berbanding tahun lalu yang menyebabkan pengurangan dalam Keuntungan Bersih Kumpulan sebanyak 39.6% kepada RM114.4 juta.
Rudy Rodzila Che Lamin dilantik Presiden, CEO baharu Takaful IKHLAS General - MNRB
Datuk Rudy Rodzila memiliki pengalaman selama 28 tahun dalam industri kewangan, perbankan dan insurans.
Premium kasar, sumbangan takaful catat RM675.4 juta pada Q1 - MNRB
Keuntungan bersih pula sedikit susut dengan sebanyak 8.3 peratus kepada RM46.6 juta daripada RM50.8 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.