KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan kepentingan pelaburan langsung domestik (DDI) sentiasa dilindungi dalam semua dasar yang diwujudkan termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata walaupun dasar liberalisasi dilaksanakan, DDI sentiasa mendominasi pelaburan yang diluluskan.
"Sebagai contoh, dalam tempoh 10 tahun dari 2012 hingga 2021, DDI yang diluluskan adalah sebanyak RM1.3 trillion atau 64 peratus daripada jumlah (keseluruhan) pelaburan yang diluluskan," katanya dalam kiriman media sosial menjawab isu yang dibangkitkan mengenai kekhuatiran NIMP 2030 yang mungkin menyebabkan modal asing mendominasi pegangan ekuiti tempatan dengan mengambil contoh Tesla.
Jelasnya, kemasukan Tesla ke Malaysia adalah melalui program Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV GLI) yang direka untuk menarik pembuat kereta eksklusif kenderaan elektrik (EV) ke negara ini.
Kehadiran Tesla akan dapat memupuk keyakinan pengeluar peralatan asal (OEM) lain untuk menjadikan Malaysia sebagai hub serantau bagi teknologi EV.
"Ini tentu sekali akan memberi kesan limpahan positif ke atas ekonomi negara. Kita telah memerhatikan negara-negara seperti China, Hong Kong dan Norway, kemasukan Tesla telah mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik.
"Bila ini berlaku, banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mendapat manfaat daripada penyertaan dalam ekosistem EV. Dalam menjana kepentingan tempatan, kehadiran Tesla ke Malaysia bukan sahaja menjual kereta, banyak syarat-syarat yang dikenakan," katanya.
Antaranya, Tesla disyaratkan memasang sejumlah besar pengecas pantas DC yang sebahagiannya untuk kegunaan kereta jenama selain Tesla, menggaji serta melatih sekurang-kurangnya 80 peratus warganegara Malaysia sebagai tenaga kerja syarikat selain bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 10 pusat pengajian tinggi atau Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi pemindahan pengetahuan.
Selain itu, Tesla juga perlu bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 10 syarikat domestik dan menggunakan kontraktor tempatan untuk rangkaian pengecasan tempatan bagi memastikan Malaysia mendapat manfaat secara meluas daripada kehadiran mereka, kata Tengku Zafrul.
Mengulas mengenai liberalisasi sektor perkilangan, Tengku Zafrul berkata ia telah wujud sejak 17 Jun 2003 melalui Pelan Induk Perindustrian Kedua (IMP 2)
"Mengikut dasar ini, syarikat-syarikat pengilang tidak lagi dikenakan syarat ekuiti yang mana 100 peratus pegangan asing dibenarkan bagi syarikat-syarikat baru. Dalam erti kata lain, dasar liberalisasi itu bukannya NIMP2030 yang buat, dasar itu memang sudah ada sejak IMP 2," katanya.
Sebagai kesimpulan, Tengku Zafrul turut menjelaskan sasaran pelan NIMP 2030 adalah termasuk penambahan nilai ekonomi hampir RM588 billion, peningkatan 600,000 peluang pekerjaan dan kenaikan gaji purata kepada sekurang-kurangnya RM4,510 sebulan bagi sektor pembuatan.
"Jika strategi sebegini tidak progresif untuk Malaysia, apa lagi yang progresif?," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023

Tengku Zafrul berkata, kehadiran Tesla akan dapat memupuk keyakinan pengeluar peralatan asal lain untuk menjadikan Malaysia sebagai hub serantau bagi teknologi EV. - Gambar fail BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.

BRICS: Malaysia pantau perkembangan susulan ancaman tarif Trump - Tengku Zafrul
Malaysia, sebagai rakan BRICS, akan memantau perkembangan ini dengan rapat dan menegaskan keterbukaan untuk perniagaan dan perdagangan dengan semua negara.

PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul
Pertumbuhan inklusif bukan setakat yang memberi manfaat kepada syarikat besar dan multinasional, sebaliknya perlu bercirikan saksama.

MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.

Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.

PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.

Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.