Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berjanji untuk membantu peserta industri reka bentuk tempatan dalam mengeksport dan memasarkan produk mereka melalui 75 pejabatnya di seluruh dunia.
"Selagi peserta industri terus membuat produk dengan reka bentuk yang baik, MITI akan menggunakan semua rangkaiannya untuk membantu mereka menjualnya di seluruh dunia," kata Ketua Setiausaha MITI, Datuk Isham Ishak.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA) 2017/2018 bagi pihak Menteri MITI, Datuk Darell Leiking di sini malam tadi.
Sementara itu, dalam ucapannya yang disampaikan Isham, Leiking menggesa pereka tempatan untuk terus bersaing dengan jenama produk antarabangsa untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia.
"Sebagai contoh, industri kreatif Thailand menyumbang AS$49 bilion (AS$1= RM4.18) kepada keluaran dalam negara kasar pada 2014.
"Sektor reka bentuk adalah industri kreatif kedua terbesar di negara tersebut menyumbang 23 peratus nilai nominal industri kreatif," katanya.
Dalam erti kata lain, industri reka bentuk dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, dan dengan itu juga dikenali sebagai ekonomi reka bentuk, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 11 2018

ISHAM: Selagi peserta industri terus membuat produk dengan reka bentuk yang baik, MITI akan menggunakan semua rangkaiannya untuk membantu mereka menjualnya di seluruh dunia. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Darell temui rakan sejawat, CEO di WEF di Davos
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking dijadualkan bertemu dan berbincang mengenai isu-isu perdagangan dua hala dan pelaburan dengan rakan sejawatnya dari Switzerland.

Malaysia dahului Jepun bagi laporan berdaya saing 2019
Malaysia merekodkan skor 82.54 daripada 100 mata sekaligus mencerminkan sentimen positif komuniti perniagaan terhadap kerajaan baharu.

"Setiap negara ASEAN perlu fokus satu industri utama bagi memacu ekonomi perdagangan serantau" - Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan agar anggota negara ASEAN sekurang-kurangnya mempunyai satu sektor industri utama yang bakal memacu ekonomi rantau itu.

Mudahkan 'raja-raja' teknologi masuk ke Malaysia - Darell
Hasrat itu dinyatakan oleh Darell selepas bertemu dan mengadakan perbincangan bersama pelabur-pelabur asing daripada pelbagai sektor yang berhimpun di Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2019 di Davos.

MITI janji bantu pereka tempatan eksport produk ke seluruh dunia
Leiking menggesa pereka tempatan untuk terus bersaing dengan jenama produk antarabangsa untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia.