Bekas menteri Tan Sri Noh Omar telah dilantik sebagai pengerusi baharu subsidiari Petronas, MISC Bhd, menggantikan Datuk Ab Halim Mohyiddin.
Pelantikan itu, yang berkuat kuasa pada Isnin, telah diumumkan oleh syarikat perkapalan tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Ahli Parlimen Tanjung Karang yang berusia 62 tahun itu, berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mulai 2008 hingga 2009.
Noh kemudiannya menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2009 hingga 2013.
Dari 2014 hingga 2016, beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor sebelum kembali ke kabinet sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 2016 sehingga 2018.
Sementara itu, Ab Halim, 74, kekal dalam lembaga pengarah syarikat sebagai Pengarah Bebas.
MISC, yang dimiliki sebanyak 57.56 peratus oleh Petronas, menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan maritim berkaitan dengan tenaga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 01 2020
Pelantikan Noh Omar (gambar) adalah bagi menggantikan Datuk Ab Halim Mohyiddin. - Gambar fail
Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.
China lancar siasatan 'antitrust' ke atas Google
China melancarkan siasatan antitrust terhadap syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik Pentadbiran Negara China untuk Peraturan Pasaran pada Selasa.
Syaiful Rizal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat (YBR) melantik Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, berkuat kuasa 22 Jan lepas.
Bakal kembali bergelar duda, Along selesai urusan pengesahan lafaz taklik
Along Cham atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, memaklumkan, dia sudah menyelesaikan urusan berkaitan mahkamah syariah.
Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengeluar China akan pindah pengeluaran ke luar negara elak tarif AS
Pengeluar dari China merancang untuk mempercepat usaha memindahkan pengeluaran ke negara lain bagi mengelak tarif Amerika Syarikat.
China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) merampas 970,707 unit produk kesihatan haram dan mengeluarkan 7,351 penyenaraian produk dari platform e-dagang serta media sosial tempatan tahun lalu, hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi tempatan dan luar negara.
Bomba Pulau Pinang periksa hotel pastikan tahap keselamatan di tahap tinggi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan di hotel-hotel di negeri itu bagi memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi terutama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Misi solidariti damai di selatan Thailand
Editor Astro AWANI, Dr. Azlinariah Abdullah turun padang ke tiga wilayah bergolak di selatan Thailand bagi meninjau semula segala bentuk bantuan yang dihulurkan Malaysia, yang kini memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, dari segi sokongan serta kerjasama ekonomi, pendidikan dan budaya sebagai komponen penting untuk mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan.
MISC lantik bekas menteri, Noh Omar sebagai pengerusi
Pelantikan itu telah diumumkan oleh syarikat perkapalan tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia.