Harga minyak mentah penanda aras global, Brent dijangka naik kepada AS$68 (AS$1=RM4.16) setong menjelang akhir 2020 berbanding AS$64 setong pada Rabu berikutan momentum pertumbuhan global yang meningkat.
Ahli Ekonomi OCBC Bank Howie Lee berkata perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China dijangka masih menjadi pemacu utama kepada harga pada tahun depan, menunjukkan harga akan terus tidak menentu.
"Trajektori meningkat harga minyak tidak akan lancar pada tahun depan. Pilihan Raya Presiden AS dijangka menjana lebih banyak turun naik daripada kempen Presiden Donald Trump.
"Kebimbangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan ahli-ahli bukan OPEC mengenai bekalan bagi 2020 bermakna elemen risiko bekalan ditambah dalam pasaran menjelang tahun baru," katanya dalam laporan Prospek Komoditi 2020 bank itu pada Rabu.
Beliau berkata gelombang pergolakan politik di seluruh dunia pada 2019 mungkin memberi kesan penularan apabila bantahan bukan sekular boleh merebak di Timur Tengah dan Amerika Latin.
Sementara itu, mengulas mengenai minyak sawit, Lee berkata harga dijangka kekal tinggi dalam tempoh terdekat tetapi pembetulan dijangka bermula dari suku kedua dan seterusnya dan akhirnya harga akan berada pada RM2,600 satu tan pada tahun depan.
Beliau berkata faktor-faktor, iaitu wabak demam selesema babi Afrika di China, pelaksanaan biodiesel B30 di Indonesia mulai Januari 2020 dan pengeluaran rendah menyebabkan harga sawit ditutup hampir RM3,000 satu tan.
"Pasaran biasanya memerlukan tempoh enam bulan untuk membetulkan ketidakseimbangan penawaran-permintaan dan ini menunjukkan harga dijangka terus meningkat hingga suku pertama 2020, sebelum membetulkan dari suku kedua 2020 dan seterusnya.
"Perjanjian perdagangan dan selesema babi di China dijangka rendah untuk sawit," katanya.
Sementara itu, bagi prospek kacang soya, harga dijangka naik kepada AS$9.50 satu busyel berbanding AS$8.99 satu busyel hari ini berikutan inventori kacang di China semakin rendah berikutan permintaan yang rendah disebabkan selesema babi dan bekalan yang berkurangan.
Laporan itu turut mengunjurkan emas dijangka terus diniagakan antara AS$1,450 satu auns dan AS$1,500 satu auns pada suku pertama 2020.
Lee berkata tarikan emas semakin berkurangan berikutan hasil Perbendaharaan yang meningkat semula dan ekonomi global yang stabil serta pulangan hasil Perbendaharaan untuk tempoh 10 tahun melebihi 1.9 peratus mempunyai potensi menyebabkan harga emas di bawah US$1,450 satu auns.
"Tekanan jualan dijangka meningkat dari suku kedua 2020 dan seterusnya, dengan harga mempunyai potensi merosot kepada AS$1,400 satu auns," katanya.
Lee berkata permintaan fizikal China dan India terhadap emas dijangka meningkat pada 2020 berikutan mata wang yang mengukuh, tetapi dijangka menyediakan perlindungan yang terhad kepada sebarang potensi jualan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 11 2019

Ahli Ekonomi OCBC Bank Howie Lee berkata perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China dijangka masih menjadi pemacu utama kepada harga pada tahun depan, menunjukkan harga akan terus tidak menentu. -Gambar hiasan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Minyak mentah Brent dijangka meningkat kepada AS$68 setong akhir 2020
Harga minyak mentah penanda aras global, Brent dijangka naik kepada AS$68 setong menjelang akhir 2020 berbanding AS$64 setong pada Rabu.