KUALA LUMPUR: MIDF Research menjangkakan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada 4.7 peratus pada 2024, disokong oleh pemulihan dalam perdagangan luar dan pertumbuhan yang mampan dalam permintaan domestik.
Pengarah dan Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkata keadaan pasaran pekerjaan yang positif, pertumbuhan pendapatan dan pemulihan berterusan dalam sektor pelancongan juga akan menyokong prospek perbelanjaan domestik.
"Selain itu, penstabilan dasar monetari di negara-negara utama, pemulihan yang lebih kukuh di China dan harga komoditi global yang menyokong dijangka meningkatkan bahagian luar Malaysia pada 2024," katanya pada pembentangan '2024 Market Outlook Presentation: Cruising Along', di sini hari ini.
Beliau berkata firma penyelidikan itu optimistik tetapi berhati-hati mengenai prospek pertumbuhan pasaran ekonomi dan ekuiti untuk 2024 walaupun pada kadar yang stabil dengan banyak faktor yang mempengaruhi 2023 seperti inflasi dan kadar faedah yang kelihatan semakin berkurangan.
Imran berkata harga komoditi dijangka kekal stabil dengan unjuran bagi kedua-dua harga minyak sawit mentah dan minyak Brent kepada purata masing-masing sebanyak RM3,600 satu tan metrik dan US$84 setong (US$1=RM4.68) untuk tahun depan.
"Ekonomi domestik dijangka bertunjangkan oleh perbelanjaan pengguna yang berterusan, aktiviti berkaitan pelancongan yang lebih sibuk dan pembinaan projek infrastruktur.
"Pasaran pekerjaan Malaysia kekal dalam keadaan baik seperti yang dicerminkan oleh pertumbuhan berterusan dalam sektor pekerjaan, penurunan dalam pengangguran dan kadar pengangguran yang lebih rendah," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa kadar inflasi diunjurkan berlegar melebihi 3.0 peratus tahun depan dalam persekitaran pelancaran subsidi bahan apa bersasar.
Pertumbuhan gaji sebenar dijangka kekal positif walaupun kadar inflasi dijangka lebih tinggi berikutan usaha rasionalisasi subsidi, katanya.
Daripada segi ekonomi global, Imran berkata pertumbuhan pada 2024 akan kekal sederhana, di bawah purata pertumbuhan 3.8 peratus yang dicatatkan dalam tempoh 2010-2019 kerana dikekang oleh beberapa risiko penurunan termasuk pengetatan dasar oleh bank pusat untuk menangani inflasi dan geopolitik risiko.
"Walaupun aktiviti pengeluaran di peringkat global boleh meningkat, pulih daripada paras terendah tahun ini, perbelanjaan pengguna akan kekal sebagai faktor utama untuk menyokong pertumbuhan tahun depan berikutan inflasi yang berkurangan, pasaran buruh yang stabil dan peningkatan pendapatan," katanya.
Bagi negara-negara perdagangan, beliau berkata prospek pertumbuhan akan lebih menggalakkan pada 2024, mendapat manfaat daripada pemulihan dalam aktiviti pengeluaran dan perdagangan global tetapi berkemungkinan dihadkan oleh jangkaan kelembapan dalam permintaan daripada negara-negara maju.
"Faktor kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat mungkin tidak berlaku pada 2024 dan MIDF Research menjangkakan pemulihan ekonomi China akan berterusan sehingga 2024, menyokong pemulihan perdagangan luar Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Imran berkata, harga komoditi dijangka kekal stabil dengan unjuran bagi kedua-dua harga minyak sawit mentah dan minyak Brent kepada purata masing-masing sebanyak RM3,600 satu tan metrik dan US$84 setong (US$1=RM4.68) untuk tahun depan. fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

MIDF Research jangka pertumbuhan KDNK naik kepada 4.7 peratus pada 2024
MIDF Research menjangkakan kadar pertumbuhan KDNK Malaysia meningkat kepada 4.7 peratus pada 2024, disokong oleh pemulihan dalam perdagangan luar dan pertumbuhan yang mampan dan permintaan domestik.