MUAR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengadakan mesyuarat meja bulat dengan Kerajaan Negeri Johor, Oktober ini di Kuala Lumpur bagi membincangkan isu dan cabaran dihadapi industri perabot, terutama di Muar yang menjadi antara pusat pengeluaran perabot terbesar di Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu antara yang diputuskan menerusi pertemuannya dengan Ahli Majlis Perabot Malaysia dan Persatuan Perabot Muar hari ini.
"Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi hari ini, cabaran dihadapi industri kerana sebenarnya industri perabot ini satu industri yang besar dan kalau dilihat dari jumlah dagangan ia telah mencecah hampir RM19 bilion pada 2022.
Eksport kita pun besar dan Muar merupakan salah satu kawasan industri perabot terbesar di Malaysia, 60 peratus daripada industrinya di sini dan antara cabaran dihadapi dibangkitkan antaranya pekerja berkemahiran dan membantu mereka memecah pasaran baharu terutama di luar Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan itu yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ahli Parlimen Bakri Tan Hong Pin serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman.
Berhubung projek Muar Furniture Park (MFP) di Bakri, Tengku Zafrul berkata pertemuan juga akan diatur dengan Johor Corporation (JCorp) yang membangunkan taman perindustrian berkenaan bagi membincangkan bentuk sokongan yang boleh diberikan kerajaan.
"Pemain industri harap Kerajaan Negeri dan Persekutuan dapat bincang dengan pihak terlibat iaitu Jcorp, saya percaya ada satu idea dibangkitkan bagaimana Muar Furniture City ini dapat bantu industri perabot ini dan kita akan bincangkan dengan lebih mendalam bila kita berjumpa," katanya.
Sementara itu Onn Hafiz menzahirkan keyakinan bahawa kolaborasi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mampu melonjakkan lagi potensi Muar sebagai pengeluar perabot terbesar negara, memandangkan beliau melihat banyak lagi perkara yang boleh dibuat di peringkat dasar dan kementerian.
MFP yang meliputi kawasan seluas 399.4 hektar, merupakan hab bersepadu pengeluaran perabot negara yang dilancarkan pada April 2018 dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tujuh, kanan) berucap pada Sesi Dialog bersama Penggiat Industri Perabot Muar di Sungai Abong hari ini. - Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Gabenor, Datuk Bandar ibu kota ASEAN bertemu di Vientiane
Mesyuarat dan forum itu menyediakan ruang untuk perbincangan mengenai penyelesaian cabaran bersama.
ASEAN bincang isu utama yang jejaskan keselamatan serantau
Perbincangan itu menekankan kepentingan mengekalkan keamanan, kestabilan dan perpaduan dalam kalangan ASEAN.
Telefon bimbit dilarang dalam mesyuarat Kabinet Belanda
Semua peranti elektronik yang mempunyai mikrofon seperti telefon pintar dan tablet dilarang daripada dibawa ke mesyuarat sebagai langkah berjaga-jaga.
PKR adakan pertemuan bincang hala tuju PRK Sungai Bakap petang ini - Nik Nazmi
Kepimpinan tertinggi PKR akan mengadakan pertemuan bersama Presiden PKR petang ini bagi menentukan hala tuju dan calon untuk kerusi PRK Sungai Bakap.
ASEAN dan EU akan adakan mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama tentang minyak sawit
Komitmen ini ditekankan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Bersama ASEAN-EU (JCC) Ke-31 yang berlangsung di Jakarta pada Rabu.
Biar Sanusi fokus bangunkan Greater Kedah - Saifuddin
Saifuddin percaya fokus Muhammad Sanusi ialah membangunkan Greater Kedah, walaupun Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri belum pernah diadakan setakat ini.
Isu 6 Ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar akan dibincang dalam mesyuarat - Razali
Sehingga kini, enam Ahli Parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada Anwar.
Tiada mesyuarat khas bincang pelantikan Yang Dipertua Negeri baharu - Pejabat Premier Sarawak
Pejabat Premier Sarawak ambil maklum mengenai laporan media yang menyatakan bahawa terdapat mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu.
PBB akan adakan mesyuarat bincang kenaikan aras laut
PBB menerima pakai resolusi untuk mengadakan mesyuarat peringkat tinggi bagi membincangkan isu mengenai ancaman kenaikan aras laut.
Mesyuarat meja bulat pada Oktober bincang isu, cabaran industri perabot negara - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata perkara itu antara yang diputuskan menerusi pertemuannya dengan Ahli Majlis Perabot Malaysia dan Persatuan Perabot Muar hari ini.