Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd akan dapat meningkatkan perkhidmatan kenderaan cekap tenaganya (EEV) dengan pelancaran ibu pejabat bernilai RM74 juta, Wisma Mercedes-Benz, yang juga menempatkan Akademi Latihan Mercedes-Benz Malaysia (MBM).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Claus Weidner berkata bangunan baharu itu akan membolehkan syarikat tersebut terus konsisten menyediakan perkhidmatan dan kepakaran berkualiti tinggi serta kebolehpercayaan kepada pelanggannya.
"Malaysia adalah pasaran penting bagi jenama Mercedes-Benz. Penerajuan kami dalam segmen kenderaan premium menunjukkan keyakinan pelanggan terhadap kenderaan dan kualiti perkhidmatan kami," katanya kepada pemberita selepas pelancaran ibu pejabat tersebut, di sini, hari ini.
Akademi latihan MBM itu mempunyai bengkel beroperasi penuh bagi simulasi tempat kerja sebenar dan bilik latihan canggih yang dilengkapi mengikut piawaian terkini Daimler AG Global Training.
Akademi itu dijangka mengambil 60 pelajar setiap tahun bagi tempoh kursus tiga tahun, dan jaminan pekerjaan empat tahun apabila tamat pengajian.
Weidner berkata usaha berterusan kumpulan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan, setiap kali mereka bertemu jenama Mercedes-Benz, akan membantu memacu kejayaan syarikat itu.
"Kami akan terus melabur dalam rangkaian pengedar kami dan meningkatkan semua pusat pelanggan di seluruh negara.
"Kami juga akan meneruskan sokongan tidak berbelah bahagi kami kepada hasrat negara untuk menjadi hab EEV sejajar dengan piawaian global," katanya.
Ibu pejabat itu dibina di kawasan seluas lebih 111,000 kaki persegi dengan pejabat operasi menggunakan ruang kira-kira 53,000 kaki persegi manakala selebihnya adalah bagi ruang akademi latihan. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 01 2017
![Mercedes-Benz Malaysia akan pertingkat perkhidmatan kereta cekap tenaga Mercedes-Benz Malaysia akan pertingkat perkhidmatan kereta cekap tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51488363937_Mercedez.jpg)
Wiedner (kanan) sewaktu pelancaran ibu pejabat bernilai RM74 juta, Wisma Mercedes-Benz, yang juga menempatkan Akademi Latihan Mercedes-Benz Malaysia (MBM). - Foto Bernama
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![Mercedes-Benz Malaysia mahu kembangkan jualan 2017 Mercedes-Benz Malaysia mahu kembangkan jualan 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61472029592_MercedesEmblem.jpg)
Mercedes-Benz Malaysia mahu kembangkan jualan 2017
Jualan Mercedes-Benz Malaysia telah menokok sebanyak 15 peratus kepada 6,790 unit bagi separuh pertama tahun ini berbanding dalam tempoh yang sama tahun lepas.
![Mercedes yakin mampu catatkan rekod tahun terbaharu dalam separuh kedua Mercedes yakin mampu catatkan rekod tahun terbaharu dalam separuh kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61472029592_MercedesEmblem.jpg)
Mercedes yakin mampu catatkan rekod tahun terbaharu dalam separuh kedua
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) menjangkakan separuh kedua tahun 2017 akan kekal positif dan yakin mampu mencatatkan satu lagi rekod.
![Mercedes-Benz Malaysia akan pertingkat perkhidmatan kereta cekap tenaga Mercedes-Benz Malaysia akan pertingkat perkhidmatan kereta cekap tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51488363937_Mercedez.jpg)
Mercedes-Benz Malaysia akan pertingkat perkhidmatan kereta cekap tenaga
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd akan dapat meningkatkan perkhidmatan kenderaan cekap tenaganya (EEV) dengan pelancaran ibu pejabat bernilai RM74 juta, Wisma Mercedes-Benz, yang juga menempatkan Akademi
![Mercedes-Benz cecah rekod jualan dengan 11,779 unit dalam 2016 Mercedes-Benz cecah rekod jualan dengan 11,779 unit dalam 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61472029592_MercedesEmblem.jpg)
Mercedes-Benz cecah rekod jualan dengan 11,779 unit dalam 2016
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mencatatkan rekod jualan sebanyak 11,779 unit pada 2016, naik sembilan peratus daripada 10,845 unit yang terjual dalam tahun sebelumnya.
![Mercedes-Benz Malaysia catat jualan tertinggi dalam sejarah Mercedes-Benz Malaysia catat jualan tertinggi dalam sejarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452239302_mercedes.jpg)
Mercedes-Benz Malaysia catat jualan tertinggi dalam sejarah
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mencatatkan rekod jualan tertinggi dalam sejarahnya dengan peningkatan 56 peratus bagi tahun 2015.