KUALA LUMPUR: Maybank Investment Banking Group menjangkakan dasar fiskal kurang mengembang dalam Bajet 2023 dengan defisit belanjawan lebih rendah kepada nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada lima peratus di tengah-tengah kekangan fiskal.
Ketua Ahli Ekonominya Suhaimi Ilias berkata kerajaan dijangka memulakan konsolidasi fiskal jangka sederhana sejajar dengan sasaran untuk menurunkan defisit bajet daripada antara enam dan 6.5 peratus daripada KDNK sejak 2020 kepada antara tiga dan 3.5 peratus menjelang 2025 mengikut Rancangan Malaysia Kedua belas (RMKe-12).
"Saya rasa proses perlu bermula pada 2023, yang merupakan titik pertengahan bagi RMKe-12 dan ini juga munasabah daripada perspektif kerajaan mengenai pembaharuan fiskal dan peralihan daripada subsidi menyeluruh ketika ini kepada subsidi bersasar," katanya semasa webinar Bursa Malaysia-Maybank Sectorial Series "Why Malaysia", semalam.
Beliau berkata keperluan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal jangka sederhana juga penting seperti mendapatkan sumber hasil yang lebih mampan daripada hanya bergantung kepada hasil berkaitan komoditi yang sering mengalami turun naik serta hasil cukai sekali seperti Cukai Makmur.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Ekuitinya Anand Pathmakanthan berkata beliau mengunjurkan Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan dalam pemulihan pasca-Cukai Makmur dan pemulihan ekonomi dengan 12.4 peratus pengembangan pendapatan bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada 2023.
Beliau berkata sektor komoditi seperti minyak dan gas serta minyak sawit dijangka mencatatkan pertumbuhan stabil dan menjadi penyumbang utama dalam persekitaran inflasi walaupun tekanan kos tinggi yang disebabkan tekanan margin dalam pelbagai sektor.
"Oleh itu kami mengunjurkan saranan 'overweight' bagi sektor automotif, penerbangan, perjudian, penjagaan kesihatan (hospital), petrokimia, tenaga boleh baharu dan teknologi, saranan 'neutral' bagi sektor pembinaan, pengguna, bank permodalan besar, media, perladangan dan hartanah serta saranan 'underweight' bagi penjagaan kesihatan (sarung tangan)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Sektor komoditi seperti minyak dan gas serta minyak sawit dijangka mencatatkan pertumbuhan stabil dan menjadi penyumbang utama dalam persekitaran inflasi. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.