Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sedang meneroka peluang eksport bagi kimia dan produk kimia di Vietnam dan Kemboja.
Agensi penggalakan perdagangan itu dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata ia menyasar untuk memanfaatkan lonjakan permintaan terhadap aktiviti pemprosesan, pembuatan perindustrian dan produk pengguna berasaskan kimia.
Justeru itu, Matrade menganjurkan satu misi pecutan eksport ke Ho Chi Minh dan Phnom Penh pada 26-30 Nov, yang disertai 15 syarikat Malaysia.
Misi lima hari itu antara lainnya termasuklah mesyuarat perniagaan yang telah diatur antara syarikat Malaysia dan pelanggan berpotensi serta lawatan ke persatuan berkaitan dan peruncit.
"Kami berharap menerusi misi ini, para peserta akan dapat memperoleh perniagaan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pembekal pilihan Vietnam dan Kemboja bagi kimia dan produk kimia," kata Timbalan Pengarah Bahagian Minyak dan Gas, Kimia dan Tenaganya Wan Azhamuddin Jusoh.
Menurutnya, terdapat peluang amat besar dalam industri kimia dan produk kimia di Vietnam kerana negara itu menerima pelaburan asing bernilai lebih AS$35 bilion hanya pada 2017, yang mewujudkan permintaan tinggi terhadap kimia perindustrian bagi menyokong aktiviti pemprosesan dan pembuatan perindustrian.
Pada 2017, jumlah perdagangan Malaysia dengan Vietnam bagi kimia dan produk kimia berkembang sebanyak 21.1 peratus bernilai RM4.36 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Jumlah eksport kimia dan produk kimia ke Vietnam juga meningkat sebanyak 22.1 peratus kepada RM3.69 bilion pada tahun itu, kata agensi itu.
Sementara itu, jumlah perdagangan Malaysia dengan Kemboja bagi kimia dan produk kimia mencatatkan peningkatan sebanyak 25.6 peratus kepada RM87.6 juta bagi tempoh 2016 - 2017 manakala eksport kimia dan produk kimia ke Kemboja meningkat sebanyak 24.5 peratus kepada RM85.3 juta, kata Matrade.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 24 2018

Matrade menganjurkan satu misi pecutan eksport ke Ho Chi Minh dan Phnom Penh pada 26-30 Nov, yang disertai 15 syarikat Malaysia. - Gambar hiasan

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.

PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.

Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.

Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.

PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan

Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.

Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.

MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.

'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.

Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.