Malaysia Airlines akan meningkatkan peruntukan muatan bagasi kabin untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa mulai 1 Julai.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata pelanggan Kelas Ekonomi dibenarkan membawa satu bagasi kabin dengan berat maksimum 7kg berbanding 5kg sebelum ini.
Bagi penumpang Kelas Pertama dan Perniagaan, mereka dibenarkan membawa dua bagasi dengan berat maksimum masing-masing 7kg.
Had ketinggian setiap bagasi tidak lebih 56sm, panjang 36sm dan lebar 23sm.
"Garis panduan ini terpakai untuk semua perjalanan udara, dan akan dilaksanakan dengan ketat dalam keseluruhan rangkaian global syarikat penerbangan itu berkuat kuasa 1 Julai," katanya.
Selain menyeragamkan muatan bagasi kabin, setiap pelanggan boleh membawa masuk sama ada notebook/komputer riba atau beg bimbit atau beg binokular.
Mereka juga boleh membawa sama ada satu beg tangan kecil atau tongkat.
Pelanggan yang membawa bayi berumur kurang daripada 24 bulan, boleh membawa satu beg berisi makanan bayi dan lampin seberat 5kg, katil lipat dan kereta sorong bayi boleh lipat.
Semua bagasi kabin mesti mematuhi undang-undang tempatan dan langkah keselamatan yang terpakai di lapangan terbang, kata Malaysia Airlines, dan menambah kadar bayaran tertentu akan dikenakan ke atas bagasi kabin yang melebihi had muatan yang dibenarkan.
Bernama
Sat Jun 29 2013
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Operasi mengalih serpihan kereta kabel digiatkan
Pihak bomba memotong bahagian kabin kereta kabel itu sehingga menjadi kepingan yang mudah untuk dibawa turun.
Pesawat terpaksa berpatah balik gara-gara kelawar dalam kabin
Pesawat Air India yang membuat penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) terpaksa berpatah balik susulan seekor kelawar ditemui terbang ke dalam ruang kabin pesawat itu.
COVID-19: Hanya 17 penumpang setiap penerbangan dalam negara di AS
Jumlah pengembara di Amerika Syarikat (AS) jatuh ke paras yang sangat rendah dalam masa berdekad lamanya.
COVID-19: Sayangkan anak, bapa reka pod keselamatan bayi
Kasih seorang bapa dari Shanghai, China mendorongnya berbuat apa sahaja demi melindungi bayinya yang baru sahaja berusia 2 bulan daripada virus COVID-19.
Penyanyi rock popular tahun 90-an ditahan
Penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam selepas pihak polis menemui satu paket plastik lutsinar, dipercayai mengandungi dadah methamphetamine 0.6 gram di lokasi dia ditahan.
MAS tingkat muatan bagasi kabin mulai 1 Julai
Pelanggan Kelas Ekonomi dibenarkan membawa satu bagasi kabin dengan berat maksimum 7kg berbanding 5kg sebelum ini.