KUALA LUMPUR: MARA Liner Sdn Bhd menawarkan diskaun 10 peratus bagi pembelian tiket dalam talian untuk perjalanan sehala sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn. Bhd, Zachary Ismail Zee Ismail berkata, tawaran berkenaan untuk mana-mana individu yang layak dan mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk merentas negeri.
"Selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), promosi diskaun 10 peratus pembelian tiket atas talian memberi peluang bagi golongan dan individu yang dibenarkan untuk perjalanan rentas daerah dan negeri Fasa 1 seperti Kedah, Selangor, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Manakala bagi negeri Fasa 2 seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.
"Individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin perlu mendapat pengesahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merupakan golongan pasangan suami isteri hubungan jarak jauh mahupun ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah yang menetap di negeri berlainan.
"Promosi bagi tempahan tiket atas talian bermula sekarang sehingga 30 September 2021 dan boleh memuat turun aplikasi MARA Liner Mobile Apps melalui Google Play dan Apps Store sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu katanya, promosi tempahan tiket dalam talian juga boleh digunakan melalui laman web http://maralinergroup.tiketbas.my dan aplikasi mudah alih ejen jualan tiket MARA Liner.
Jelasnya, promosi itu tidak sah bagi pembelian tiket di kaunter.
Sementara itu ujar Zachary, pihaknya percaya perkhidmatan bas ekspres masih merupakan nadi pengangkutan awam negara sehingga kini.
"Sebagai sebuah syarikat bas yang prihatin, MARA Liner menjamin keyakinan dan keselamatan pelanggan dengan meningkatkan pematuhan prosedur operasi standart (SOP) COVID-19.
"Antaranya sanitasi bas dilaksanakan sebelum dan selepas perjalanan seperti mana yang diarahkan MKN.
"Pemeriksaan Sijil Vaksinasi dan surat pengesahan PDRM akan disemak sebelum perjalanan bermula dan bagi individu yang tidak melengkapkan dua vaksinasi atau tidak cukup 14 hari selepas vaksinasi kedua tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan," jelasnya.
Astro Awani
Tue Aug 31 2021

Zachary berkata, tawaran berkenaan untuk mana-mana individu yang layak dan mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk merentas negeri. - Foto MARA Liner

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Langkawi: MARA Liner sedia 174 perjalanan ke Kuala Perlis
Sebanyak 174 perjalanan bas ekspres setiap minggu dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis yang turut melalui Terminal Shah Alam disediakan pihak MARA Liner Sdn. Bhd. (MARA Liner) sejak 16 September lalu.

PPV bergerak Mara Liner untuk komuniti luar bandar - Dr Abdul Latiff
Setiap unit PPV bergerak bas Mara Liner mempunyai sembilan kaunter vaksinasi termasuk satu untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).