SEPANG: Bagi menghargai pelanggan setianya di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah melancarkan Ranger Raptor generasi baharu dengan pecutan, kuasa dan kemampuannya yang pasti memukau sesiapa sahaja.
Pengarah Urusannya, Turse Zuhair berkata model generasi kedua yang disuntik dengan DNA Ford Performance itu dibangunkan untuk pencinta cabaran 'off road' serta pelanggan yang mahukan teknologi termaju yang ditawarkan untuk sebuah Ranger.
Jelasnya, dengan teknologi lebih pintar mengawal perkakasan generasi baharu yang lebih tangkas, model ini mempertemukan kuasa tinggi dengan ketepatan mekanikal serta teknikal untuk menghasilkan sebuah Ranger termaju.
“Antara ciri terkini yang terdapat pada model itu ialah menggunakan enjin 3.0 liter petrol V6 turbo berkembar baharu yang ditala oleh Ford Performance bagi menawarkan kuasa sehingga 397 pada 5,650 rpm dan 583 Nm tork pada 3,500 rpm.
“Ruang dalaman Ranger Raptor ini turut memanfaatkan kabin digital penuh dengan menampilkan paparan kluster resolusi tinggi 12.4-inci TFT dan skrin sentuh 12-inci di tengah yang menempatkan sistem infotaimen FORD SYNC 4A dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto dan sistem bunyi Bang & Olufsen dengan lapan pembesar suara yang memberikan anda sistem bunyi yang sangat memuaskan.
“Di samping itu, ia turut didatangkan dengan penyerap hentak kejutan FOX 2.5 inci Live Valve yang membolehkan prestasi unggul dirasakan baik ketika di atas jalan biasa mahupun 'off-road', beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran model Ford Ranger Raptor di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.
Enjin digandingkan bersama transmisi automatik sepuluh kelajuan Ford yang dipercayai, dengan nisbah gear yang khusus untuk enjin berkenaan dengan hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding model sebelumnya/
Ford Ranger Raptor ditawarkan pada harga RM259,888 atas jalan tanpa insurans.
Untuk maklumat lanjut layari laman web yang tertera, www.sdacford.com.my
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Sat Oct 08 2022

Turse (empat dari kiri) ketika majlis pelancaran Ford Ranger Raptor di Litar Antarabangsa Sepang.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ford tidak teruskan paten sistem 'tarik kereta' swapandu jika tidak bayar ansuran
Sistem swapandu yang sepatutnya membantu pemilik apabila diperlukan kini menjadi tukang tarik kereta automatik tanpa campur tangan manusia.

Bidang pekerjaan yang mungkin tidak mampu 'dirampas' AI, jom semak!
Sejak bermulanya revolusi teknologi dalam beberapa industri pekerjaan, wujud beberapa ancaman apabila teknologi dilihat mampu mengambil alih tugasan manusia.

Ford kurangkan 3,800 jawatan di Eropah termasuk 2,300 di Jerman
Ford akan mengurangkan 3,800 pekerjaan di Eropah termasuk 2,300 di bandar Cologne dan Aachen di Jerman serta 1,300 lagi di Britain bagi mengurangkan kos.

Manifestasi kuasa Ford Ranger Raptor generasi baharu
Bagi menghargai pelanggan setianya di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (S-D-A-C), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah melancarkan Ranger Raptor generasi baharu.

Syarikat pengeluar kereta, Ford, bakal perkenal topeng lut sinar
Ford telah menerima paten topeng pernafasan lut sinar dengan fungsi sebaik topeng N95, dan kini menanti untuk mendapat kelulusan untuk dibangunkan.

Kereta lawan arus rempuh empat kenderaan, seorang maut di lebuh raya LEKAS
Seorang pemandu kereta maut manakala tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal cedera selepas mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki secara melawan arus.

Parasite buktikan kejayaan filem antarabangsa di Oscars 2020
Filem karya pengarah Bong Joon Ho dari Korea Selatan, Parasite, diumumkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Oscars 2020: Brad Pitt, Laura Dern dinobat Pelakon Pembantu Terbaik
Acara gilang-gemilang itu sedang berlangsung ketika ini Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat.

CES 2019: Qualcomm pergiat usaha dalam industri kereta melalui 'kokpit digital'
Bayangkan skrin telefon anda diletakkan ke dalam kereta. Kokpit digital adalah sebuah sistem di mana dalaman kereta dibentuk secara digital sepenuhnya.

Cikgu Itum 'betul-betul berkorban diri' demi pendidikan anak bangsa
Seorang guru maut ketika dalam perjalanan ke sekolah bersama lima muridnya yang tinggal di kejiranan yang sama.