Malaysia tidak akan mengenakan kawalan modal buat masa ini, dan akan menggunakan instrumen kewangan lain yang sedia ada bagi menangani sebarang turun naik dalam ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan melaksanakan kawalan modal, sebagai langkah terakhir.
Ekonomi Malaysia terus berdaya tahan berbanding negara lain di rantau ini berikutan kedudukan rizabnya yang kukuh, selain tabungan tinggi dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, katanya pada rakaman Sidang Kemuncak CNBC, yang akan disiarkan menerusi rangkaian perniagaan itu pada 5 petang esok.
Rakaman 30 minit itu dihoskan oleh peneraju terkemuka CNBC Martin Soong.
"Kemungkinan untuk melalui krisis adalah minimum. Walaupun wang kita mengalir keluar, rizab kita masih mencukupi berbanding apa yang kita miliki semasa krisis kewangan pada 1997," kata Perdana Menteri.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata rizab semasa negara sebanyak US$130 bilion berbanding kurang daripada US$30 bilion pada 1997.
Malaysia mengenakan kawalan modal pada September 1998 semasa krisis mata wang serantau dalam usaha menyekat serangan spekulatif ke atas ringgit oleh pengurus lindung nilai yang tidak berprinsip, selain bagi menstabilkan ekonomi.
Kawalan modal termasuk menambat ringgit pada 3.80 kepada dolar, ditarik balik pada Julai 2005.
Sebelum berlaku krisis pada Julai 1997, ringgit didagangkan pada RM2.42 berbanding dolar US, namun selepas itu, mata wang tempatan itu susut selepas mata wang serantau yang bermula Baht Thai dan Rupiah Indonesia, diserang oleh spekulator.
Najib berkata: "Kebanyakan hutang negara kini di peringkat domestik, terutama untuk jangka panjang. Kita berada pada kedudukan yang kukuh, dan kemungkinan untuk menghadapi krisis adalah sangat minimum."
Ditanya oleh Soong sama ada Malaysia akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) berikutan kemungkinan negara yang memeterainya perlu menghapuskan hak negara ke atas dasar mata wang bebas serta melaksanakan dan mengenakan kawalan modal apabila perlu, kecuali ada perundingan antara negara anggota, Najib berkata:
"Kami mahukan TPP, namun ia perlu memihak kepada terma-terma kerajaan, dan ini masih dibincangkan."
Beliau berkata ada terma yang melepasi pertimbangan perdagangan dan pelaburan yang mempersoalkan hak kedaulatan dan perusahaan milik negara.
"Oleh itu, kami akan melalui rundingan yang sangat sukar, namun pada asasnya mereka mendengar."
"Pokoknya kami tidak akan melepaskan kepentingan negara untuk TPP, namun kami mahukan TPP, kami menganggapnya baik, dengan syarat termanya munasabah," kata Najib.
Bernama
Thu Sep 19 2013
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Malaysia tidak kenakan kawalan modal, kata Najib
Ekonomi Malaysia terus berdaya tahan berbanding negara lain di rantau ini berikutan kedudukan rizabnya yang kukuh.