Malaysia dan Singapura akan menandatangani perjanjian dua hala pembangunan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura, Disember ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata perkara itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Iskandar Malaysia (JMCIM) Malaysia-Singapura kali ke-13 yang diadakan di sini pada Isnin.
"Menerusi mesyuarat hari ini ada beberapa isu teknikal mengenai RTS dapat diputuskan dan ada yang perlu perbincangan lanjut demi kepentingan bersama kedua-dua negara.
"Isu teknikal yang dapat diputuskan kedua-dua negara antaranya pembahagian pembayaran konsesi RTS iaitu 39 peratus bagi Malaysia dan 61 peratus bagi Singapura untuk tempoh 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat terbabit.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Singapura Khaw Boon Wan dan Menteri Pembangunan Nasional Singapura Lawrence Wong.
Abdul Rahman berkata Malaysia turut meminta kadar itu dijadikan 50 peratus untuk Malaysia dan 50 peratus Singapura selepas tempoh 50 tahun berakhir, namun perkara itu belum diputuskan kerana Singapura perlu membuat perbincangan lanjut di pihak mereka.
Beliau berkata Singapura akan menerima 61 peratus hasil bayaran tambang yang akan dikenakan kerana republik itu perlu mengeluarkan kos yang lebih tinggi dalam pembinaan RTS termasuk perlu membina stesen bawah tanah.
"Kita meminta pembahagian pembayaran sebanyak 50-50 selepas kos pembayaran konsesi dibayar sepenuhnya. Tempoh 50 tahun itu satu jangka masa yang lama kerana kita mahu pastikan tambang adalah rendah dan rakyat dapat menggunakan perkhidmatan tersebut sebaik mungkin," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata Malaysia turut meminta untuk menjadi pemegang dominan bagi syarikat operator (OpCo) RTS yang bakal diwujudkan secara usaha sama antara kedua negara yang berfungsi sebagai pengendali reka bentuk, kerja pembinaan, kewangan, operasi, penyelenggaraan dan pembaharuan hal berkaitan RTS.
"Perkara berhubung pembahagian peratusan bagi OpCo iaitu Malaysia dan Singapura masing-masing 50 peratus turut dibincangkan namun Malaysia mahu menjadi pemegang dominan kerana adalah lebih praktikal kalau ada satu pihak yang lebih dominan terutama dalam membuat keputusan, sekali gus syarikat dapat berfungsi dengan baik dan Singapura faham dengan keadaan itu," katanya menambah isu itu juga akan diputuskan kelak menerusi perjanjian bilateral.
Menurut Abdul Rahman aspek keselamatan pejalan kaki di Tambak Johor dan penambahan kekerapan tren ulang-alik KTMB sebanyak 36 kali sehari yang dipersetujui Singapura selepas proses memperbesarkan kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) di Woodlands, Singapura dilakukan turut dibincangkan hari ini.
"Kita buat persetujuan untuk melakukan kajian bagaimana kita dapat pastikan keselamatan pejalan kaki di Tambak Johor pada masa akan datang. Perkhidmatan feri bagi menghubungkan dua negara turut dibincangkan supaya lebih sistematik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2017
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan) bersalaman dengan Menteri Pembangunan Nasional Singapura Lawrence Wong manakala Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersalaman dengan Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Singapura Khaw Boon Wan. - Foto Bernama
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).