KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan pihak antarabangsa, termasuk agensi kerajaan, ahli akademik, institut penyelidikan, peserta industri dan perniagaan bagi memastikan industri komoditi pertanian terus berkembang secara progresif dan mampan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.
"Melihat kepada kemampanan dan ekonomi sirkular, kami menyedari bahawa kami perlu bekerjasama dengan ramai pihak berkepentingan dan peserta teknologi yang berpotensi untuk memanfaatkan teknologi terkini bagi meneroka lebih lanjut potensi penuh pengeluaran komoditi pertanian.
"Terdapat keperluan untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik, teknologi yang canggih dan pelaburan yang besar ke dalam industri untuk memastikan kelebihan daya saing berbanding amalan tradisional," katanya ketika berucap pada majlis Forum Perkongsian Malaysia-British di Kelab Caledonian, London baru-baru ini.
Zuraida berkata Malaysia telah berada di barisan hadapan mempromosikan minyak sawit dan biojisim sawit dalam sektor pembuatan.
Beliau berkata Strategi Biojisim Kebangsaan Malaysia 2020 (NBS2020) menetapkan sasaran untuk menjadikan biojisim sawit sebagai produk bernilai lebih tinggi yang akan menghasilkan pendapatan negara kasar (GNI) tambahan sebanyak GBP5.5 bilion (RM30 bilion) serta mewujudkan 66,000 pekerjaan dan pada masa yang sama menarik GBP4.6 bilion ( RM25 bilion) dalam pelaburan dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 12 peratus.
Kementerian telah mengintegrasikan ekonomi sirkular ke dalam pengeluaran komoditi pertanian, khususnya minyak sawit sebagai penyelesaian berkesan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber (bahan mentah) dan meminimumkan pembaziran daripada pengeluaran, pelepasan dan ketidakcekapan tenaga.
"Model ekonomi sirkular sudah pasti merupakan jalan ke hadapan untuk penyumberan mampan dan beretika komoditi pertanian Malaysia.
"Walaupun menghadapi cabaran untuk menggabungkannya ke dalam model linear semasa, tumpuannya adalah untuk mencipta lebih banyak nilai. Terdapat banyak nilai yang diperoleh daripada menggunakan semula dan mengitar semula bahan mentah ini," tambahnya.
UK ialah rakan dagangan ke-19 terbesar Malaysia. Pada 2021, jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan untuk kedua-dua negara bernilai GBP5.2 bilion.
Eksport komoditi pertanian Malaysia (minyak sawit, getah, kayu, koko dan lada) menyumbang 14 peratus daripada jumlah perdagangan, bernilai GBP734 juta, meningkat 17 peratus daripada GBP628 juta pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
Zuraida berkata, Malaysia telah berada di barisan hadapan mempromosikan minyak sawit dan biojisim sawit dalam sektor pembuatan. - Bernama
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
MTDC perkuat peranan bantu syarikat teknologi tempatan majukan sektor pertanian negara
Melalui pelbagai program, MTDC memudahkan akses dan adaptasi teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan daya saing syarikat tempatan di pentas global.
MAHA 2024 tampilkan konsep 'Best of the Best' di Dewan A
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 telah memperkenalkan konsep 'Best of the Best' di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.
Banci Pertanian 2024: Menilai sektor pertanian demi masa depan negara
Banci Pertanian 2024 merupakan usaha penting yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk memahami keadaan sebenar pengusaha pertanian di Malaysia.
Takungan semasa air di tiga empangan MADA mencukupi untuk pertanian, kegunaan domestik
Kedudukan semasa keseluruhan takungan air di Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning adalah sebanyak 44.14 peratus.
Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian
Mohamad Sabu berkata perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Ponce.
Iran berhasrat adakan MoU dalam bidang pertanian - Mohamad Sabu
Mohamad yakin MoU itu akan menyediakan asas yang kukuh untuk meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Iran dalam bidang pertanian.
Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China
Sambutan pesta durian pada Sabtu di selatan Thailand mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.
UPM anjur Karnival Keterjaminan Makanan hari ini
Ia antara usaha UPM bagi merealisasikan agenda pertanian dan sekuriti makanan negara sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menangani isu ini.