KUALA LUMPUR: Malaysia meraih manfaat secara langsung daripada peningkatan permintaan pusat data berikutan langkah moratorium selama tiga tahun oleh Singapura untuk menubuhkan pusat data baharu dan mengembangkan kapasiti ekoran tanah yang terhad, kata Moody's Ratings.
Dalam nota penyelidikan pada Rabu, katanya terdapat peningkatan dalam pelaburan pusat data di Johor, misalnya pembelian tanah oleh penyedia perkhidmatan awan, Microsoft pada bulan lepas daripada Eco World Development Group Bhd untuk pembangunan pusat data baharu.
"GDS Holdings Ltd, pemaju dan pengendali pusat data, telah melabur kira-kira AS$3.0 bilion (AS$1=RM4.67) untuk membuka dua pusat data di Taman Teknologi Johor.
"Penyedia perkhidmatan awan lain seperti Google dan Amazon telah memberi komitmen untuk melabur, masing-masing AS$2.0 bilion dan AS$6.0 bilion di Malaysia bagi pusat data dan perkhidmatan awan menjelang 2037," menurut nota berkenaan.
Katanya kapasiti pusat data Asia Pasifik (Apac) dijangka menokok lebih dua kali ganda menjelang 2028 memandangkan ketegangan geopolitik akan menghalang pertumbuhan.
Moody's Ratings turut yakin kapasiti pusat data di Apac dan global akan berkembang pesat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Keadaan ini didorong peningkatan penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi awan, mata wang kripto selain peningkatan minat terhadap penyumberan luar penstoran dan pengkomputeran data bagi kecekapan dan kebolehskalaan yang memacu pertumbuhan eksponen dalam sektor berkenaan, katanya.
"Kami menjangkakan kapasiti pusat data Apac berkembang pada kadar purata tahunan terkumpul hampir 20 peratus sehingga 2028, kepada kira-kira 24,800 megawatt, iaitu lebih dua kali ganda daripada kapasiti semasa yang melepasi 10,500 megawatt.
"Apac menyumbang kira-kira 30 peratus daripada pengembangan kapasiti global dalam tempoh lima tahun akan datang. Pengembangan ini akan melibatkan pelaburan lebih US$564 bilion menjelang 2028," katanya.
Moody's Ratings berkata kapasiti di pasaran pusat data sedang pesat membangun termasuk India, Indonesia (Baa2 stabil), Malaysia (A3 stabil), Thailand (Baa1 stabil), dan Filipina (Baa2 stabil), akan mencatatkan kadar pertumbuhan 29 peratus kepada 48 peratus sehingga 2025.
Katanya pertumbuhan ini berikutan jumlah kapasiti sedia ada yang lebih kecil pada masa ini di samping agenda digital kerajaan dan sokongan pelabur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
Moody's Ratings yakin kapasiti pusat data di Apac dan global akan berkembang pesat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Microsoft bina pusat data guna kayu balak untuk kurangkan jejak karbon
Walaupun kayu CLT ini lebih mahal berbanding konkrit dan besi, ia jauh lebih ringan dan mudah untuk membangunkan struktur bangunan.
Malaysia sedia jadi hab pusat data ketiga terbesar di Asia - HLIB
Malaysia berada di landasan untuk menjadi pasaran pusat data ketiga terbesar di Asia, selepas Jepun dan India.
Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber - Kaspersky
Serangan siber itu amat membimbangkan ketika Malaysia terus melabur dengan banyak dalam infrastruktur pusat data.
Lebih banyak pusat data akan ditubuhkan di Johor - Gobind
Beliau berkata Johor kini menjadi tumpuan utama global, berikutan penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
EV jadi kenderaan rasmi pemimpin ASEAN pada 2025 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN ketika menghadiri acara-acara kenegaraan.
Kepengerusian ASEAN: KPKT jadi tuan rumah forum, mesyuarat berkaitan bandar, hartanah
KPKT diberikan tanggungjawab untuk mempengerusikan mesyuarat dan menjadi tuan rumah kepada empat persidangan sempena kepengerusian ASEAN 2025.
Parlimen: Garis panduan pembangunan mampan pusat data sedang dimuktamad - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam proses memuktamadkan garis panduan pembangunan mampan bagi pusat data.
Pahang tumpu tarik ramai peserta industri pusat data
Industri itu dilihat mempunyai potensi tinggi dan Pahang seharusnya tidak ketinggalan merebut peluang sektor terbabit bagi memacu ekonomi negeri.
Google guna kuasa nuklear untuk pusat data AI
Reaktor nuklear modular ini dibangunkan oleh Kairos Power dengan ia akan memulakan operasi pada tahun 2030.
Kabinet setuju lulus garis panduan perancangan pusat data - Kor Ming
Jemaah Menteri pada Selasa lepas bersetuju meluluskan penerimapakaian Garis Panduan Perancangan (GPP) Pusat Data yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).