PETALING JAYA: Majikan memerlukan anjakan paradigma dalam melabur dalam produktiviti dan sanggup membayar kadar upah yang lebih tinggi untuk kemahiran, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Beliau mencadangkan pemilik perniagaan Malaysia bekerjasama ke arah matlamat bersama iaitu membayar gaji yang lebih tinggi kepada pekerja kerana ia akan memberi manfaat kepada negara.
Liew berkata Malaysia mempunyai tenaga kerja yang sesuai dan keupayaan untuk mencapai tahap produktiviti yang sama seperti Singapura.
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian utama kepada pelaburan. Langkah seterusnya ialah menyusun semula syarikat untuk membolehkan gaji yang lebih tinggi dan peningkatan automasi yang memerlukan lebih ramai pekerja mahir.
"Selepas melabur dalam sistem itu, kami menjangkakan kilang akhirnya terpaksa menaikkan gaji mereka. Ini akan mewujudkan kesaksamaan yang lebih besar, menjadikannya lebih menarik bagi rakyat Malaysia yang sedang bekerja di Singapura untuk kembali ke Malaysia untuk bekerja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Siri CEO 2023: Forum Ekonomi dan Perniagaan anjuran Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bertajuk 'National Industrial Master Plan (NIMP) 2030: Malaysia New Economic Take Off.'
Liew dalam ucapannya berkata Malaysia perlu mengubah cara ia melihat produktiviti dan perlu meningkatkan produktiviti melalui pelaburan dalam teknologi, 'total factor productivity' (TFP), mesin, automasi dan pendigitalan.
"Ini akan membantu kami memaksimumkan kedudukan kami sebagai perantara yang sangat diperlukan dalam penyepaduan rantaian bekalan," katanya.
Di Malaysia, beliau berkata median gaji dan upah bulanan pada 2022 berjumlah RM2,424, kadar berkenaan adalah rendah berbanding negara serantau termasuk Indonesia.
Beliau berkata 50 peratus rakyat Malaysia yang bekerja kini mendapat gaji pada kadar berkenaan.
Sehubungan itu, Liew berkata kerajaan menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasarkan untuk meningkatkan gaji secara beransur-ansur, ia akan mencecah RM4,510 pada tahun 2030 untuk sektor pembuatan dan pada masa yang sama, mampu mengurangkan pergantungan kepada buruh asing bukan mahir.
Selain itu, Malaysia juga harus beralih daripada ekonomi berasaskan sumber tanah kepada ekonomi berasaskan teknologi untuk menjadi lebih aktif dan berdaya tahan pada depan, katanya.
Beliau berkata sebagai contoh, wujud peluang untuk pemaju mengubah pembangunan taman perindustrian dengan melabur dalam syarikat yang sedang menubuhkan taman perindustrian mereka dan bukan hanya bergantung kepada pelaburan tanah sahaja.
"Pemaju kini harus menumpukan kepada membangunkan rantaian bekalan perindustrian bukan hanya tanah. Perbincangan dengan pengeluar harus berkisar pada rantaian bekalan dan ekosistem.
"Mereka digalakkan untuk beralih daripada ekonomi berasaskan tanah kepada melabur dalam teknologi, yang boleh memberi manfaat kepada ekosistem dan membantu mengembangkan industri," kata Liew.
Dalam pada itu, beliau menasihati perniagaan untuk meletakkan iklim sebagai pertimbangan ekonomi terutamanya apabila membina semula bandar sambil menjadikan mobiliti lebih mudah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Liew berkata Malaysia mempunyai tenaga kerja yang sesuai dan keupayaan untuk mencapai tahap produktiviti yang sama seperti Singapura. - Gambar fail/Bernama
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia perlu anjakan paradigma dalam produktiviti dan kadar upah lebih tinggi - MITI
Majikan memerlukan anjakan paradigma dalam melabur dalam produktiviti dan sanggup membayar kadar upah yang lebih tinggi untuk kemahiran.