Penyertaan Malaysia pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) tahun ini mencerminkan komitmennya untuk merencanakan agenda perdagangan dunia, dan mengetuai perbincangan mengenai penyepaduan ekonomi Asean, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Tahun ini penting bagi Malaysia kerana sebagai pengerusi Asean, kita mesti berada di hadapan dalam memastikan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) menjadi kenyataan.
"Kita mesti dapatkan peluang untuk melibatkan komuniti perniagaan antarabangsa dan masyarakat awam, selain melaksanakan kepimpinan melalui teladan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri forum dua hari di Davos, Switzerland mulai 23 Januari.
Najib yang juga Menteri Kewangan, akan diiringi Mustapa dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Delegasi itu juga dianggotai beberapa pemimpin perniagaan terkemuka Malaysia selain ketua-ketua agensi berkaitan pelaburan.
Antara objektif penyertaan Malaysia pada forum itu ialah mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan utama di Asia.
Ia juga bermatlamat mempromosi Kuala Lumpur sebagai lokasi utama ibu pejabat serantau syarikat-syarikat multinasional; mengetengahkan kejayaan transformasi ekonomi Malaysia serta peranan Malaysia sebagai pengerusi Asean, khususnya penekanan ke atas Asean yang berpusatkan penduduk.
Perdana Menteri akan menyertai sesi WEF seperti Majlis Perniagaan Serantau Asean; Perhimpunan Pemimpin Ekonomi Dunia Tidak Formal (IGWEL) serta 'Sesi Perbahasan Pemimpin Asean NewsAsia-TV: Mewujudkan Komuniti Ekonomi Asean'.
Najib juga akan bertemu beberapa ketua negara dan ketua pegawai eksekutif perbadanan terkemuka dunia yang mempunyai minat pelaburan yang mendalam di Malaysia.
Selain mesyuarat, perdana menteri dan para menteri akan menjadi hos rundingan meja bulat dengan pemimpin perniagaan dan acara khusus untuk mempromosi Malaysia.
WEF ialah forum bebas dunia bagi penglibatan dan dialog melibatkan pemegang kepentingan daripada sektor peniagaan dan politik, akademik dan pemimpin masyarakat bagi mengumpul idea untuk agenda pembangunan dunia, serantau dan mengikut sektor.
Forum bertemakan 'Konteks Baharu Dunia' antara lain akan membincangkan isu-isu berkaitan peniagaan dalam senario ekonomi dunia semasa.
Bernama
Fri Jan 16 2015
![Malaysia ketuai perbincangan penyepaduan ekonomi Asean di WEF 2015 Malaysia ketuai perbincangan penyepaduan ekonomi Asean di WEF 2015](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/71418112602_295x200.jpg)
Malaysia ketuai perbincangan penyepaduan ekonomi Asean di WEF 2015
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Saya sudah pencen - Tok Pa sahkan tidak bertanding Saya sudah pencen - Tok Pa sahkan tidak bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664623430_MustapaMohamed.jpg)
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
![Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654695710_MustapaMohamed.jpg)
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
![Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696677626_SyedHamidAlbarMu.jpg)
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
![2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa 2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666256264_KeselamatanBUDGET.jpg)
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
![Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020 Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666244974_DatukSeriMustapaM.jpg)
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
![Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664623430_MustapaMohamed.jpg)
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
![Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664623430_MustapaMohamed.jpg)
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
![Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665314906_TBtokpa.jpg)
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
![Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664807581_MustapaMohamed.jpg)
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.
![Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664787979_ISISMalaysiaTokpa.jpg)
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.