Malaysia kini dalam proses mengemukakan salinan-salinan pindaan sijil Asal dan Sijil Kesihatan kepada pihak berkuasa China dalam usaha memudahkan dan mempercepatkan urusan meneruskan semula perdagangan sarang burung dengan China.
Sijil itu juga dikemukakan bersama-sama dengan sampel penandatangan dan pemeteraian para pegawai sah bagi tujuan pengesahan pada poin kemasukan, kata Kedutaan Malaysia di Beijing dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Syarat ketat bagi pengeksportan sarang burung Malaysia ke China bukan hanya untuk memastikan hanya produk sarang burung asli/tulen yang selamat untuk penggunaan dieksport ke China, tetapi pada masa yang sama ialah untuk mengekang penyeludupan haram sarang-sarang burung," katanya.
Malaysia dan China telah memeterai protokol kemasukan sarang-sarang burung ke China yang meliputi pemeriksaan, kuarantin dan kebersihan pada 19 September, 2012.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menandatangani protokol itu bagi pihak Malaysia sementara China diwakili oleh Menteri Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin, Zhi Shuping.
Dengan pemeteraian protokol itu, para pegawai Malaysia dengan begitu teliti memantau industri sarang burung untuk pematuhan standard.
Sementara itu, kedutaan telah menasihati agar semua pihak di Malaysia, termasuk para usahawan dan pengeksport tidak terpengaruh dengan khabar angin oleh individu atau pertubuhan yang menyatakan sarang burung dari negara lain dieksport ke China ataupun memulakan semula urus niaga sarang burung dengan China boleh diselesaikan menerusi saluran-saluran tidak rasmi.
"Sehubungan ini, kedua-dua pihak berkuasa Malaysia dan China kini sedang berusaha membuat yang terbaik untuk meneruskan semula perdagangan sarang burung dengan China," katanya.
Dalam pada itu, beberapa perkara telahpun diperjelaskan semasa mesyuarat antara Malaysia dan China pada 18 Disember, 2012.
Bernama
Thu Jan 24 2013


KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Malaysia tidak ada kuasa sekat FB - Ahmad Shabery
Kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia terbatas dan tidak mempunyai hak untuk menutup atau menyekat aplikasi yang bukan milik negara termasuk laman sosial Facebook.

Isu kalimah Allah: UMNO Selangor halang ahli protes depan gereja esok
Datuk Seri Noh Omar juga meminta badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam di negeri itu supaya tidak meneruskan rancangan mereka.

Malaysia bebas jangkitan selesema burung - Noh Omar
Malaysia bebas daripada jangkitan H7N9 berikutan tiada tanda-tanda jangkitan wabak itu pada ternakan unggas di negara ini,kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Isu air: Ekonomi Selangor bakal terjejas
Datuk Seri Noh Omar berkata jika keadaan krisis air terawat di Selangor berterusan, Selangor akan menjadi mundur satu masa nanti.

Jangan layan khabar angin siapa calon BN di Selangor - Noh
Datuk Seri Noh Omar mengingatkan anggota dan pemimpin BN di negeri itu agar tidak melayan khabar angin mengenai calon pilihan raya umum ke-13.

'Selesaikan tuntutan rakyat Selangor melalui rundingan'
Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menasihati kerajaan Selangor guna meja rundingan untuk selesaikan masalah tuntutan rakyat.

Malaysia kemukakan sijil sarang burung
Malaysia kini dalam proses mengemukakan salinan-salinan pindaan sijil Asal dan Sijil Kesihatan kepada pihak berkuasa China.
Noh: Kaji semula penggunaan pukat rentang
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia mengkaji membenarkan semula penggunaan pukat rentang di negara ini.

Pasport haiwan kesayangan mungkin diwajibkan
Ia untuk memudahkan pengumpulan data lengkap tentang seseekor haiwan di samping memudahkan usaha mengesannya jika dilaporkan hilang.