KUALA LUMPUR: Malaysia telah dipilih sebagai hab pembuatan bagi peralatan telekomunikasi 5G Ericsson di rantau Asia Pasifik (APAC) yang menghasilkan radio terkini teknologi itu bermula pada suku ketiga 2022.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh David Hagerbro berkata negara ini turut menjadi lokasi pertama di Asia Tenggara yang menghasilkan peralatan 5G bagi pasaran domestik serta serantau.
"Antara faktor bagi menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau adalah kewujudan tenaga mahir serta infrastruktur kukuh yang ditawarkan oleh negara ini.
"Keputusan itu turut memaparkan komitmen jangka panjang Ericsson terhadap Malaysia, termasuk rangkaian 5G yang sedang kami laksanakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Jumaat, Presiden merangkap CEO Kumpulan Ericsson Borje Ekholm berserta Hagerbro, telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya bagi perbincangan lanjut mengenai komitmen Ericsson terhadap Malaysia.
Menurut Hagerbro, seiring dengan rancangan pengeluaran tersebut, Ericsson akan meningkatkan lagi pelaburan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini.
"Bagi melengkapkan lagi hab tersebut, kami turut mewujudkan pusat pengedaran serantau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain pusat penyelenggaraan dan sokongan di Shah Alam yang membolehkan Ericsson meningkatkan aspek tindak balas dan penyampaian perkhidmatan sokongan untuk pelanggan di rantau Asia Pasifik," katanya.
Selain itu, beliau berkata, Ericsson juga telah memulakan inisiatif Ericsson Educate - satu kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Digital Nasional Bhd bagi membantu mendidik penuntut Malaysia mengenai 5G serta teknologi baharu lain.
"Kerjasama itu dijangka menjangkau sehingga 1,200 penuntut pada tahun pertama dan seterusnya membolehkan penuntut UTM untuk menyertai dan menyumbang kepada ekonomi digital dan transformasi Industri 4.0 negara ini.
"Malah, Ericsson juga telah menubuhkan pusat inovasi pertama Malaysia bagi tujuan penyelidikan dan pengujian teknologi 5G di UTM pada 2016," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Pada Jumaat, Presiden merangkap CEO Kumpulan Ericsson Borje Ekholm berserta Hagerbro, telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya. - Foto PMO
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Israel bebaskan 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dalam pertukaran tawanan
Ratusan rakyat Palestin berhimpun di sekitar Ramallah untuk menyambut kepulangan tahanan yang dibebaskan, sambil mengibarkan bendera Palestin.
Operasi pengusiran: Komuniti imigran di AS resah
Pentadbiran Donald Trump mengarahkan pihak berkuasa untuk melakukan sekurang-kurangnya 1,800 penangkapan pendatang tanpa izin setiap hari, menyebabkan komuniti imigran gelisah dan tidak dapat hidup tenang.
Gencatan senjata: Rakyat Palestin bersiap terima rawatan di luar negara
Nariman Shekshek gembira anakanya akan menerima rawatan, namun dia menyuarakan kebimbangan untuk meninggalkan anak-anaknya yang lain.
Mayat, sisa pesawat kecil terhempas berselerakan
Pada masa sama, rakaman video oleh saksi turut menunjukkan mayat serta anggota badan berselerakan di jalan serta dalam rumah berdekatan.
Agensi PBB akan terus beri bantuan kepada Gaza
UNRWA tidak menerima sebarang arahan rasmi daripada pihak berkuasa Israel tentang bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan larangan tersebut.
Barangan runcit dan lembu seludup bernilai lebih RM700,000 dirampas
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dan barangan runcit dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM706,750 dalam dua serbuan berasingan.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Pembelian 30 pesawat pejuang jenis F/A-18C D Hornet terpakai dari Kuwait dijangka dimuktamadkan tahun ini.
Jawatan presiden, timbalan presiden mungkin tak dipertandingkan
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Daerah Beluran pulih sepenuhnya dan semua PPS ditutup 6 petang tadi, menjadikan hanya sembilan PPS dibuka di empat daerah di Sabah.
Malaysia jadi hab pembuatan peralatan 5G Ericsson bagi Asia Pasifik
Malaysia telah dipilih sebagai hab pembuatan bagi peralatan telekomunikasi 5G Ericsson di rantau Asia Pasifik (APAC) yang menghasilkan radio terkini teknologi itu bermula pada suku ketiga 2022.