KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka pulih beransur-ansur daripada impak pandemik COVID-19 dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar berada pada 3.1 peratus pada 2021 dan diunjur meningkat kepada kira-kira 5.75 peratus pada 2022, demikian menurut dapatan awal daripada pasukan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Pasukan itu yang diterajui oleh Lamin Leigh, melaporkan bahawa pertumbuhan akan disokong oleh program pelancaran vaksin yang memberangsangkan oleh kerajaan dan pelaksanaan pantas langkah-langkah sokongan dasar ekonomi.
"Penurunan ekonomi yang lebih teruk (pada 2021) berjaya dielakkan hasil daripada respons dasar pandemik yang pantas, mantap dan pelbagai hala yang disasarkan untuk menyokong isi rumah dan perniagaan yang terkesan akibat pandemik.
"Pertumbuhan pada 2022 diunjurkan pada kira-kira 5.75 peratus, dipacu oleh permintaan terpendam domestik dan permintaan luaran yang terus kukuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Leigh berkata krisis pandemik boleh meninggalkan implikasi berlarutan dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang, sambil menambah pemulihan dijangka tidak sekata, dengan pengeluaran masih berada jauh di bawah paras potensinya.
Beliau berkata pasukannya mengesyorkan sokongan fiskal bersasar tambahan kepada segmen ekonomi rentan dan yang terjejas teruk dan pelaburan produktif.
"Dalam tempoh terdekat ini, dasar fiskal perlu terus tangkas dan bersasar, dengan fokus untuk terus menyokong pemulihan, meminimumkan kesan ekonomi, melindungi segmen penduduk yang rentan dan meningkatkan pelaburan produktif sejajar dengan keutamaan perbelanjaan kerajaan.
"Strategi pengukuhan yang boleh diyakini, mesra pertumbuhan dan disampaikan dengan jelas perlu dilaksanakan sebaik sahaja pemulihan bertapak kukuh untuk membina semula penampan fiskal, memelihara kemampanan fiskal dan mengurangkan risiko fiskal, disokong oleh amalan tadbir urus fiskal yang mantap," katanya.
Dapatan itu juga memuktamadkan bahawa pendirian dasar monetari yang akomodatif adalah wajar dan langkah-langkah sokongan sektor kewangan perlu lebih bersasar ketika pemulihan semakin kukuh.
"Dasar pembaharuan berstruktur, bersasar dan diselaraskan boleh membantu menangani cabaran struktur, mengehadkan impak ekonomi, meningkatkan produktiviti dan menangani ketaksamaan serta memenuhi aspirasi 'Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan'," jelasnya.
IMF berkata pandangan dapatan itu tidak semestinya mewakili pandangan lembaga eksekutifnya.
Satu laporan berasaskan dapatan awal itu akan disediakan oleh pasukan tersebut dan dijangka dibentangkan kepada lembaga eksekutif pada April 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022

Pertumbuhan akan disokong oleh program pelancaran vaksin yang memberangsangkan oleh kerajaan dan pelaksanaan pantas langkah-langkah sokongan dasar ekonomi. - Gambar fail

KPDN lancar Ops Campur, 300 kampit beras dirampas
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pengilang serta pembungkus beras import ber

Ibu tiga anak maut akibat kebakaran rumah diklasifikasi sebagai kes bunuh
Kes diklasifikasi semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.
[TERKINI] Duterte ditahan polis susulan waran tangkap ICC
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte kini dalam tahanan polis selepas tiba di Manila pada Selasa, berikutan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), lapor agensi berita Filipina (PNA).

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
[TERKINI] SST kekal, kerajaan tidak bercadang kembalikan GST
Kerajaan belum berhasrat untuk mengembalikan semula GST buat masa ini.
[TERKINI] Tiada Penggantungan lesen terhadap Era FM - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Operasi Puspakom cawangan Wangsa Maju dilanjutkan hingga Jun 2026
Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju hingga Jun tahun depan.

Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.

Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.

Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.

Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.

Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.

Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.