KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi memandangkan struktur kepelbagaian ekonominya yang kurang bergantung kepada komoditi, selain mengamalkan dasar pragmatik dan responsif, kata Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata, sektor pertanian dan perlombongan kini hanya menyumbang 14 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, manakala sektor perkhidmatan menyumbang 57 peratus dan sektor pembuatan pula sebanyak 24.3 peratus.
"Kepelbagaian rakan dagangan kami -- kami tidak terlalu bergantung kepada satu negara tertentu sahaja -- menambah daya tahan ekonomi kami," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Invest Malaysia 2022 Siri 1: Membina Daya Tahan Dalam Situasi Kemeruapan di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, bank dan syarikat perkhidmatan kewangan Malaysia mempunyai wajaran yang ketara dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI dan indeks kemampanan FTSE4Good Bursa Malaysia.
"Tujuh saham perbankan ini sahaja iaitu Maybank, Public Bank, CIMB Bank, Hong Leong Bank, RHB Bank dan Alliance Bank mempunyai gabungan permodalan pasaran berjumlah RM325.36 bilion atau kira-kira 20 peratus daripada jumlah permodalan pasaran RM1.65 trilion setakat akhir Jun 2022," katanya.
Abdul Wahid berkata, sistem kewangan ini dilengkapi dengan pasaran hutang dan modal ekuiti yang berfungsi dengan baik, yang bernilai RM3.5 trilion pada 30 Jun, 2022 dengan pasaran modal hutang menyumbang RM1.8 trilion dan pasaran modal ekuiti membentuk RM1.7 trilion.
"Malaysia juga tempat pasaran modal Islam terkemuka dunia yang bernilai RM2.2 trilion, mewakili hampir dua pertiga daripada jumlah pasaran modal," katanya.
Beliau berkata, keteguhan dan kestabilan sistem kewangan adalah faktor penting daya tahan Malaysia, apabila bank tempatan mempunyai permodalan yang baik, cair, diurus secara lebih baik serta dikawal dan diselia dengan berkesan oleh Bank Negara Malaysia.
"Bank juga terus melaksanakan peranan perantaraan mereka dengan menggerakkan dana untuk disalurkan kepada sektor ekonomi yang produktif," katanya.
Abdul Wahid berkata, di peringkat global, ketegangan perdagangan Amerika Syarikat-China serta krisis Ukraine-Rusia juga menyebabkan harga komoditi dan kos logistik melonjak seterusnya mengakibatkan tekanan inflasi yang tinggi di seluruh dunia dan ini memaksa bank-bank pusat mengetatkan dasar monetari masing-masing untuk mengekang inflasi.
"Ini berkemungkinan menyebabkan kelembapan ekonomi dan potensi kemelesetan di sesetengah negara pada 2023," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Malaysia tidak mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan ekonomi memandangkan struktur kepelbagaian ekonominya yang kurang bergantung kepada komoditi, selain mengamalkan dasar pragmatik dan responsif, kata Tan Sri Abdul Wahid Omar. - Gambar fail
[TERKINI] Setiap pokok terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula.
Gerakan Blockout 2024 ada akaun IG senarai artis tempatan perlu, tak perlu boikot
Salah satu cara ialah dengan memboikot selebriti, pempengaruh yang tidak menggunakan media sosial untuk bersuara berhubung kekejaman Israel.
Bunuh, bakar kekasih hamil: Tertuduh dibenar rujuk pakar psikiatri
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan seorang pemuda didakwa membunuh kekasihnya yang hamil, dirujuk kepada pakar psikiatri.
Kecederaan sukan: Fahami keupayaan tubuh, elak kecederaan ACL & PCL
Kecederaan sukan boleh berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai.
Bagaimanapun, menurut Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik UKM Specialist Centre Sdn Bhd, Profesor Madya Datuk Dr Badrul Akmal Hisham, kecederaan lutut yang menyebabkan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) dan Ligamen Krusiat Belakang (PCL) adalah antara yang selalu berlaku.
Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai.
Bagaimanapun, menurut Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik UKM Specialist Centre Sdn Bhd, Profesor Madya Datuk Dr Badrul Akmal Hisham, kecederaan lutut yang menyebabkan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) dan Ligamen Krusiat Belakang (PCL) adalah antara yang selalu berlaku.
[TERKINI] Pemandu rempuh atlet kayak negara di bawah pengaruh alkohol
Pemandu kereta yang merempuh atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elis berada dalam keadaan mabuk menerusi ujian saringan penafasan yang dijalan pihak polis.
Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah
Polis sudah menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Johor.
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.
Mbappe pasti ke Real Madrid
PRESIDEN La Liga, Javier Tebas berkata, penyerang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid musim depan.
AWANI Ringkas: Hari Belia Negara 2024 membuka tirai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memaklumkan bahawa Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.