Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yakin Malaysia sedang berada di landasan yang betul dalam mengusahakan projek bagi mewujudkan sebuah plattform identiti baharu dipanggil 'ID Digital'.
Ketua Bahagian Perkhidmatan Digital dan Platform Data, Adrian Abdul Ghani berkata 2019 merupakan tahun bidang ID Digital di mana ia sedang dirumuskan untuk menyediakan platform identiti ditentusahkan dan dipercayai dalam dunia maya.
"Pada dasarnya, ID Digital membolehkan kami memastikan dan membuktikan identiti orang terutama mereka yang menjalankan perniagaan atau mengendalikan urusan melalui kaedah dalam talian.
"Dengan pengenalan identiti, orang boleh memastikan mereka sedang berurusan dengan orang yang betul dalam talian," katanya semasa menjadi ahli panel pada Sidang Kemuncak Tech MYNIC 2019 (MYTS2019) di sini pada Khamis.
Beliau berkata sebagai langkah seterusnya untuk merealisasikan ID Digital, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengemukakan cadangan kepada Kabinet supaya program ID Digital dilaksanakan.
Adrian berkata projek ID Digital termasuk beberapa fasa sebelum dilaksanakan seperti landskap kajian dan tehnologi serta pulangan terhadap kos.
"Saya menjangka tahun ini banyak perkara akan berlaku...kajian itu mungkin akan selesai pada suku kedua tahun ini dan selepas itu tumpuan kepada usaha lain untuk dilaksanakan," katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, semasa merasmikan MYTS2019, menggesa para pemain industri untuk bertindak pantas dan seiring dengan kemajuan pesat dalam revolusi teknologi digital.
Beliau berkata teknologi maklumat dan komunuikasi (ICT) sedang berubah dan membina masyarakat agar lebih berdaya tahan dan mampan kerana ia berpotensi luar biasa untuk meningkatkan pembangunan sosial dan ekonomi serta perlindungan alam sekitar.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Komunikasi dasn Multimedia, Tan Chuan Ou.
Eddin Syazlee berkata teknologi seperti keselamatan siber, tanda niaga dan identiti digital telah berkembang begitu pesat yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia mengubah cara kehidupan.
"Sama ada kita bersedia atau tidak untuk menghadapi transformasi digital, teknologi menjadi lebih saling berkaitan dengan kehidupan seharian saban tahun serta ia dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing di negara ini," katanya.
Hampir 500 pengamal dan profesional ICT menyertai sidang kemuncak sehari itu dengan bertujuan meneroka trend semasa dalam industri serta berkongsi pengetahuan dalam mengenal pasti peluang perniagaan baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 24 2019
ID Digital membolehkan identiti orang terutama mereka yang menjalankan perniagaan atau mengendalikan urusan dipastikan dan dibuktikan. - Gambar hiasan
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Malaysia di landasan betul bagi wujud platform ID Digital
2019 merupakan tahun bidang ID Digital di mana ia sedang dirumuskan untuk menyediakan platform identiti ditentusahkan dan dipercayai dalam dunia maya.