KUALA LUMPUR: Malaysia, yang diberi penarafan A3 Stabil akan mendapat manfaat daripada persaingan perdagangan serta teknologi antara China dan Amerika Syarikat (AS) berikutan perang perdagangan antara kedua-dua negara yang akan terus mengganggu rantaian bekalan.
Moody's Investor Services berkata persaingan antara AS dan China menguntungkan ekonomi yang mempunyai asas pembuatan serta infrastruktur yang mantap seperti Malaysia, Vietnam (Ba2 Stabil) dan Thailand (Baa1 Stabil).
"Bagaimanapun peningkatan konflik ketenteraan di Timur Tengah turut menimbulkan risiko rantaian bekalan manakala geopolitik akan kekal menjadi penentu," katanya dalam satu nota penyelidikan semalam.
Katanya, anjakan menurun dalam kadar pertumbuhan ekonomi China (A1 Negatif) termasuk kelembapan kitaran di AS (Aaa Negatif) akan membebankan situasi kredit Asia Pasifik (APAC) pada 2024.
"Inflasi yang memuncak di peringkat global akan memberi ruang kepada kitaran pengetatan monetari untuk perlahan tetapi keadaan kewangan akan kekal sukar bagi penerbit yang dinilai paling lemah. Sementara itu, risiko geopolitik akan terus membentuk keputusan perniagaan," tambahnya.
Moody's juga meramalkan perubahan struktur dalam trajektori pertumbuhan APAC sebagai purata wajaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebenar merangkumi 25 kerajaan di APAC yang mana jangkaan penilaian firma itu untuk menurun kepada 3.6 peratus pada 2024 berbanding 4.4 peratus pada 2023, mencerminkan kegawatan di China dan keadaan ekonomi global yang kurang memberangsangkan, termasuk kelembapan kitaran di AS.
Peranjakan menurun dalam trajektori pertumbuhan China telah mencerminkan penekanan berterusan ke atas pengimbangan semula domestik selain kelembapan yang dicatatkan dalam sektor hartanah, akan merebak di rantau ini melalui beberapa saluran penghantaran seperti perdagangan barangan serta perkhidmatan, harga komoditi dan pelaburan.
"Kadar pertumbuhan di APAC dan APAC ex-China kini berkemungkinan akan bertumpu, mencerminkan dorongan pertumbuhan yang lebih rendah dari China. Bagaimanapun, rantau ini akan terus berkembang lebih pantas berbanding kebanyakan wilayah lain walaupun pertumbuhan berkurangan pada 2024," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024

Moody's Investor Services berkata, anjakan menurun dalam kadar pertumbuhan ekonomi China, termasuk kelembapan kitaran di AS, akan membebankan situasi kredit Asia Pasifik (APAC) pada 2024. - Gambar fail
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.

Kadar faedah rantau APAC diunjur kekal tinggi tahun ini - Moody's
Moody's berkata, kadar faedah di beberapa negara mungkin akan dinaikkan sekali-sekala untuk mengawal tekanan inflasi yang tidak dijangka.

Malaysia dapat manfaat daripada persaingan AS-China
Ia menguntungkan ekonomi yang mempunyai asas pembuatan serta infrastruktur yang mantap seperti Malaysia, Vietnam dan Thailand.