Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasar untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 20 negara pengeksport terbesar di dunia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, didorong oleh aktiviti promosi yang agresif serta strategi kreatif.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dzulkifli Mahmud, buat masa ini Malaysia berada pada kedudukan ke-23 sebagai negara pengeksport terbesar di dunia, mengeksport ke lebih daripada 200 negara.
"Bukanlah mudah untuk mengekalkan kedudukan tersebut dan bukan mustahil juga untuk mencapainya ... namun kita perlu melihat kepada pelbagai faktor, termasuk turun naik mata wang, situasi ekonomi global, persaingan dan juga permintaan pasaran.
"Tetapi, kita pernah berada di tangga ke-18 sebagai negara pengeksport terbesar pada tahun 80-an dan itu satu pencapaian agak memuaskan," kata beliau kepada pemberita selepas taklimat media mengenai kempen terbarunya, "CelebExports", di sini hari ini.
CelebExport merupakan satu kempen pengukuhan penjenamaan eksport dalam kalangan artis tempatan di mana mereka akan diberikan konsultasi secara percuma di Pusat Integrasi Eksport Matrade.
Dzulkfili berkata, melalui kempen ini, MATRADE berharap dapat membantu meningkatkan nilai eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia selain memberi peluang kepada golongan artis mengembangkan perniagaan secara global.
Tahun ini, terdapat 150 misi perdagangan asing termasuk 85 adalah untuk promosi eksport dan 65 untuk pembangunan eksport, kata beliau.
"Kita mempunyai ramai selebriti yang terlibat dalam bidang perniagaan namun kebanyakan mereka memberi fokus kepada pasaran domestik.
"Mereka perlu melihat peluang pasaran luar, contohnya di pasaran ASEAN yang mempunyai lebih 600 juta orang dan 800 juta orang bagi pasaran Perkongsian Trans-Pasifik," katanya lagi.
Beliau berkata Matrade akan berusaha membantu dan menggalakkan selebriti perniagaan Malaysia mendapat akses pasaran luar negara dalam semua sektor.
"Setakat ini, NH Prima International Sdn Bhd, milik pelakon dan pengacara TV terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, merupakan syarikat pertama yang menyertai kempen ini dan kita turut mengalu-alukan penyertaan daripada artis tempatan lain," kata Dzulkifli.
Sementara itu, pengarah NH Prima, Neelofa berkata kempen ini merupakan platform untuk gologan artis mengeksport dan meluaskan penjenamaan mereka.
"Melalui bantuan Matrade, kami mulai faham perkara-perkara seperti akses ke pasaran, peluang kerjasama global serta kepentingan mewujudkan model perniagaan yang ideal dalam mengembangkan operasi perniagaan.
"Saya turut menggalakkan artis tempatan lain untuk bersama-sama
mempelajari eksport dan segera mengambil peluang yang pasti menjanjikan pulangan
besar buat mereka," kata beliau.
Setakat ini, jualan eksport Neelofar Hijab mencecah RM5 juta dengan RM2.1
juta daripadanya adalah daripada perniagaan dalam talian sementara
RM2.9 juta melalui perkhidmatan stokis.
NH Prima adalah syarikat baru yang memasarkan jenama Neelofa seperti
Naelofar Hijab, Naelofar Abaya, LF Lens dan Bellavita di bawah satu bumbung.
Bernama
Mon Aug 15 2016

DZULKIFLI: Buat masa ini Malaysia berada pada kedudukan ke-23 sebagai negara pengeksport terbesar di dunia, mengeksport ke lebih daripada 200 negara. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Malaysia bakal jadi antara 20 negara pengeksport terbesar dalam 2 hingga 3 tahun
MATRADE menyasar untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 20 negara pengeksport terbesar di dunia dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, didorong oleh aktiviti promosi yang agresif.