BANGKOK: Malaysia bakal menjadi tuan rumah Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17 di Kuala Lumpur tahun depan, yang akan menjadi tumpuan usahawan Cina dari seluruh dunia dalam penerokaan peluang perniagaan baharu, mewujudkan rangkaian dan memupuk kerjasama ekonomi.
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Low Kian Chuan berkata, WCEC akan menjadi platform dinamik kepada usahawan daripada pelbagai latar belakang serta industri untuk melibatkan diri dalam kerjasama dan perkongsian.
"Malaysia bersedia untuk menjadi tuan rumah konvensyen dwitahunan itu menjelang 2024.
"Kami akan menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk konvensyen, padanan perniagaan, pameran, lawatan tapak dan lawatan sambil belajar serta misi perniagaan pasca konvensyen. Selain itu, pelancongan pasca konvensyen akan ditawarkan oleh dewan perniagaan (perdagangan Cina) dari semua 13 negeri di Malaysia.
"Kami jangka lebih 3,000 usahawan dari seluruh dunia akan berkumpul di Kuala Lumpur bagi WCEC ke-17 pada 2024," katanya kepada Bernama.
Low berkata WCEC akan berfungsi sebagai platform dan pemangkin untuk menarik lebih banyak perniagaan dalam memanfaatkan kelebihan strategik Malaysia selain memanfaatkan pasaran halal global yang luas.
"Pasaran bagi produk halal sedang berkembang pesat. Malaysia mempunyai kelebihan sebagai peneraju industri berkaitan halal untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan asing dan tempatan ke dalam negara," katanya.
Malaysia sepatutnya mengadakan WCEC pada 2021 tetapi konvensyen itu ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19.
Low berkata WCEC ke-17 akan diadakan dari 9 Sept hingga 11 Sept 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
"Saya menyeru kepada semua rakan usahawan dari seluruh dunia untuk menyokong kuat WCEC ke-17.
"Marilah kita bergerak seiring, merebut setiap peluang dengan minda serta visi yang terbuka, dan memupuk kerjasama yang lebih mendalam, kuat, malah lebih berkesan dengan harapan bagi mewujudkan kejayaan yang lebih besar melalui WCEC," katanya.
Isnin lepas, Low dan Presiden Kehormat Sepanjang Hayat ACCCIM, Tan Sri Ter Leong Yap menerima bendera WCEC daripada Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Thailand, Dr Narongsak Putthapornmongkol pada majlis penutup WCEC ke-16, yang diadakan di Pusat Konvensyen Nasional Ratu Sirikit (QSNCC) di Bangkok.
Memandangkan dunia mengalami gelombang baharu revolusi teknologi dan perindustrian, Low berkata usahawan perlu menerima perubahan itu dengan perspektif global serta secara aktif mencari peluang untuk bekerjasama.
"Dengan kemunculan teknologi terkini, kami berpotensi untuk memacu kerjasama inovatif, berkongsi peluang serta pembangunan selain berusaha ke arah masa depan yang lebih pintar dan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
LOW: Dengan kemunculan teknologi terkini, kami berpotensi untuk memacu kerjasama inovatif, berkongsi peluang serta pembangunan selain berusaha ke arah masa depan yang lebih pintar dan baik. - Gambar fail/NCCIM
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Malaysia anjur Konvensyen Usahawan Cina Sedunia ke-17 tahun depan
WCEC akan jadi platform dinamik kepada usahawan serta industri untuk melibatkan diri dalam kerjasama dan perkongsian.
ACCCIM sertai Konvensyen Keusahawanan Cina Dunia
Acara dua tahun sekali ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk menyemarakkan semula ekonomi global.