KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines memulakan penerbangan sulung antara Kuala Lumpur ke Amritsar dan Trivandrum dengan mengadakan majlis pelepasan pada 8 dan 9 Nov 2023 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) dalam kenyataan hari ini berkata penerbangan MH118 ke Amritsar berlepas dari Kuala Lumpur pada 6.50 petang waktu tempatan, manakala penerbangan MH116 berlepas dari Kuala Lumpur ke Trivandrum pada 9.30 malam waktu tempatan.
MAG berkata kedua-dua penerbangan menggunakan pesawat Boeing 737-800 NG syarikat penerbangan berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAG Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, dengan bermulanya penerbangan ke Amritsar dan Trivandrum, pihaknya berbangga muncul sebagai syarikat penerbangan premium khidmat lengkap pertama yang menawarkan penerbangan ke Asia Selatan dan Pasifik.
"Pengembangan laluan kami ke India bukan sahaja tertumpu kepada kesalinghubungan memandangkan usaha ini membuahkan pelbagai hasil positif, daripada memacu pertumbuhan ekonomi sehingga meningkatkan pelancongan, memupuk pertukaran budaya dan memudahkan kerjasama global," katanya.
Menurut kenyataan itu, pengenalan dua laluan baharu berkenaan meluaskan kesalinghubungan lokasi ke lokasi Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke India menerusi lapan hab pertama termasuk New Delhi, Bengaluru, Mumbai, Chennai, Hyderabad dan Kochi.
Malaysia Airlines kekal komited untuk meningkatkan kesalinghubungan dan akan memulakan operasi ke Ahmedebad pada Disember ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
Penerbangan MH118 ke Amritsar berlepas dari Kuala Lumpur pada 6.50 petang waktu tempatan, manakala penerbangan MH116 berlepas dari Kuala Lumpur ke Trivandrum pada 9.30 malam waktu tempatan. -Dagang News
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.
MAB beli pesawat baharu tingkat keyakinan penumpang
MAB telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan berkenaan.
Kadar OTP Malaysia Airlines naik lebih 80 peratus pada Oktober 2024
Beliau berkata peningkatan tersebut adalah susulan pengumuman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangannya pada hujung Ogos yang lalu.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.
Malaysia Aviation Group sertai CEO Action Network perkasa perniagaan mampan
Malaysia Aviation Group Bhd sertai CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
MAVCOM lapor 32 peratus penyusutan dalam aduan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, penyusutan 32 peratus daripada 3,063 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.