Malaysia Airlines Bhd telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Piedmont Propulsion Systems LLC (PPS) dari Amerika Syarikat (AS) untuk bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bilah kipas kapal terbang di Malaysia serta AS.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata ia bertanggungjawab menyediakan kemudahan fizikal serta sumber manusia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memudahkan operasi pembaikan termasuk bagi menyokong penyelenggaraan pesawat ATR milik subsidiarinya, Firefly dan MASwings, selain daripada menyediakan perkhidmatan untuk syarikat penerbangan lain di rantau ini yang menggunakan pesawat berenjin kipas.
Ia juga akan menguruskan rantaian pembekalan alat gantian asli yang akan digunakan oleh rakan-rakan kongsi Malaysia Airlines.
PPS pula akan memberikan sokongan teknikal dan latihan untuk keperluan penyenggaraan kipas, termasuk pensijilan semula, penyelenggaraan talian dan pembaharuan tahunan kepada kakitangan MAB Engineering bagi memastikan kualiti perkhidmatan MRO yang terbaik di KLIA.
PPS juga akan menyediakan pemeriksaan dan pembaikan utama jika diperlukan termasuk menyokong pembangunan gantian alternatif serta penggantian bahagian, manakala dalam jangka panjang, PPS akan memudahkan pemindahan pengetahuan dan teknologi untuk membangunkan kemampuan penggerak serta hab kipas pesawat Malaysia Airlines.
Tambahan pula, kedua-dua pihak akan mempunyai peranan dalam pemasaran dan mempromosikan perkongsian tersebut sebagai usaha sama teknologi kepada pengendali IATA 3, yang meliputi rantau Asia Pasifik.
Perkhidmatan bersama yang ditawarkan ini dijangka akan menjana keuntungan berjumlah RM10 juta dalam tempoh tiga tahun.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata walaupun syarikat itu mengalami pengurangan kekerapan penerbangan harian disebabkan pandemik COVID-19, ini sebenarnya memberikan kelebihan kerana setiap pesawat syarikat sekarang ini menjalani penyelenggaraan yang lebih menyeluruh ketika diletakkan dalam keadaan sedia yang berjangka panjang.
"Saya berpandangan, perkongsian jangka panjang dengan PPS, akan membantu kami dalam mencapai matlamat tersebut dan berikutan pemulihan industri, MoU ini akan membolehkan kami untuk menjadi hab sehenti bagi pengendali pesawat berenjin kipas mendapatkan perkhidmatan yang boleh dipercayai, berkualiti serta cepat.
"Selain itu, bekerjasama dengan PPS juga akan membantu kami membina kompetensi dalaman kami, dengan sasaran untuk membangunkan hab berenjin kipas serta keupayaan penggerak bilah pada masa hadapan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020
![Malaysia Airlines memeterai MoU dengan Piedmont Propulsion Systems Malaysia Airlines memeterai MoU dengan Piedmont Propulsion Systems](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41594717833_MalaysiaAirlines.jpg)
Malaysia Airlines berkata ia bertanggungjawab menyediakan kemudahan fizikal serta sumber manusia di KLIA untuk memudahkan operasi pembaikan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia Airlines terima pesawat 737-8 bulan ini Malaysia Airlines terima pesawat 737-8 bulan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699848774_MalaysiaAirlines.jpg)
Malaysia Airlines terima pesawat 737-8 bulan ini
Pesawat baharu itu memaparkan pelbagai penambahbaikan menarik sebagai sebahagian daripada rancangan pemodenan pesawat Malaysia Aviation Group.
![Industri penerbangan domestik dijangka pulih sepenuhnya akhir 2022 Industri penerbangan domestik dijangka pulih sepenuhnya akhir 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629980872_AhmadLuqmanAzmi.jpg)
Industri penerbangan domestik dijangka pulih sepenuhnya akhir 2022
Industri penerbangan domestik di Malaysia dijangka kembali ke tahap pra pandemik pada akhir 2022.
![Malaysia Airlines jangka penerbangan domestik pulih pada akhir 2022 Malaysia Airlines jangka penerbangan domestik pulih pada akhir 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619681840_AirbusA.jpg)
Malaysia Airlines jangka penerbangan domestik pulih pada akhir 2022
Bagaimanapun, pasaran antarabangsa dijangka mengambil masa yang lebih lama untuk pulih sepenuhnya.
![Malaysia Airlines memeterai MoU dengan Piedmont Propulsion Systems Malaysia Airlines memeterai MoU dengan Piedmont Propulsion Systems](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41594717833_MalaysiaAirlines.jpg)
Malaysia Airlines memeterai MoU dengan Piedmont Propulsion Systems
Ia juga akan menguruskan rantaian pembekalan alat gantian asli yang akan digunakan oleh rakan-rakan kongsi Malaysia Airlines.