KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) yakin dapat memulihkan sepenuhnya perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) dalam penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) pada 15 November 2023 dengan menyediakan F&B lebih baik kepada penumpang.
Pengarah Urusan MAG Datuk Kapten Izham Ismail berkata, pemulihan kepada keadaan normal berada pada tahap 97 peratus, ketika ini, dan ia perjalanan sukar sejak syarikat penerbangan itu menamatkan kontraknya dengan Brahim's Food Services Sdn Bhd (BFS) pada 31 Ogos 2023.
"Apabila menjalankan perniagaan, anda perlu memberi tumpuan kepada objektif dan walaupun katering bukan perniagaan teras kami, pengalaman pelanggan adalah perniagaan teras MAG.
"Justeru, MAG perlu mencari kaedah untuk menetapkan semula produk kami dan ia perlu menghadapi jalan berliku yang sangat mencabar," katanya semasa sesi 'Airline Leader Interview - MAG' pada Sidang Kemuncak Centre for Aviation (Capa) Asia Aviation and Anugerah Kemampanan 2023 di sini, hari ini.
Izham memberi jaminan kepada penumpang mengenai komitmen MAB untuk menyelesaikan isu makanan dalam penerbangan serta merancang untuk melancarkan menu Asean memandangkan syarikat penerbangan itu menyediakan perkhidmatan kepada penumpang dari seluruh dunia.
"Aspirasi kami adalah untuk menjadi syarikat penerbangan premium mesra Asia. Justeru, kita perlu menggambarkan keindahan Asean dan Asia dengan menyediakan pelbagai menu," katanya.
Izham berkata, MAB kini mempunyai lapan khidmat katering yang membekalkan makanan dalam penerbangan.
Kontrak katering yang lama terjalin antara MAB dan BFS berakhir pada 31 Ogos 2023 selepas rundingan dalam tempoh yang lama antara kedua-dua pihak sejak suku keempat 2022 tidak memberi sebarang hasil positif.
Sementara itu, beliau berkata, syarikat penerbangan itu menerima 24 trak hi-lift, baru-baru ini, dan menjelang 15 November, perkhidmatan makanan dalam penerbangan akan kembali seperti biasa.
"Kami mempunyai 24 trak hi-lift yang baru tiba beberapa minggu lepas dan ia sudah bersedia beroperasi... pada 15 November, semuanya akan kembali normal," katanya.
Trak hi-lift adalah bahagian penting dalam keseluruhan proses makanan dalam penerbangan untuk memastikan kualiti makanan dan mematuhi piawaian keselamatan dengan menetapkan suhu yang betul, memelihara kesegaran makanan panas serta mengekalkan amalan dikawal ketat sepanjang proses berkenaan.
Bernama
Thu Nov 02 2023
MAB komited untuk menyelesaikan isu makanan dalam penerbangan serta merancang untuk melancarkan menu Asean. - Gambar fail
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Selami nilai kasih sayang, kukuhkan semangat persaudaraan
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengajak rakyat Sarawak menyelami nilai kasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai, memohon kemaafan serta mengukuhkan semangat persaudaraan yang tulus antara satu sama lain sempena sambutan Krismas.
Pengusaha bot penambang ambil langkah berjaga-jaga
Pengusaha atau pengendali bot penambang di daerah Sandakan sentiasa memastikan keselamatan penumpang terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, yang mayatnya ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan pada 14 Disember lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Bina Semula Acheh Dengan Ilmu & Tenaga Manusia
Bagaimana mangsa Tsunami 2004 bangkit membina semula kehidupan mereka setelah 20 tahun tragedi yang meragut lebih 200,000 mangsa angsa di Indonesia, Thailand, India, Maldives dan Sri Lanka? Ikuti perkongsian bersama Editor Kanan, Nazri Kahar.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.