KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menawarkan tender terbuka untuk 226 lot komersial berikutan peningkatan pergerakan trafik udara baru-baru ini susulan kelonggaran sekatan perjalanan udara.
Dalam kenyataan semalam, katanya lapangan terbang di seluruh negara mempunyai sejumlah 808 ruang komersial pada masa ini, dan sebanyak 70 peratus daripadanya telah dibuka tender sebelum ini dan sebahagian besarnya telah ditawarkan.
"Dalam melaksanakan inisiatif penjajaran semula komersial kumpulan, bahagian akhir tender untuk 226 lot komersial ini adalah fasa untuk menarik peserta tempatan dan global untuk mengambil bahagian dalam menawarkan jenama baharu di lapangan terbang di seluruh negara," katanya.
Pengarah Urusan Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata inisiatif penjajaran semula komersial itu dikenal pasti sebagai misi penting dan pelaksanaannya diteruskan walaupun terdapat impak daripada pandemik terhadap prestasi kewangan kumpulan.
"Kami mahu memastikan bahawa kami bersedia untuk menyambut kembalinya penumpang dengan tawaran dan pengalaman runcit baharu yang menarik, justeru kami mengalu-alukan penyertaan jenama tempatan dan global untuk membantu merealisasikan matlamat penjajaran semula komersial kami.
"Sebelum COVID-19, segmen bukan aeronautik menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah pendapatan kumpulan. Pada 2019, sebanyak 47 peratus daripada jumlah pendapatan disumbangkan oleh segmen ini yang termasuk perniagaan komersial dan runcit," katanya.
Menurut MAHB, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi adalah contoh pelaksanaan penjajaran semula komersial yang berjaya apabila lapangan terbang itu kini mempunyai cawangan Burger King, Ya Kun Kaya Toast dan Costa Coffee yang pertama di pulau itu.
"Sementara itu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Din by Din Tai Fung turut membuka cawangan pertamanya di lapangan terbang," katanya.
Pembida yang berminat boleh melayari https://vms.malaysiaairports.com.my untuk maklumat lanjut mengenai tarikh taklimat tender.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021

MAHB mahu memastikan pihaknya bersedia menyambut kembalinya penumpang dengan tawaran dan pengalaman runcit baharu yang menarik. - Gambar hiasan
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.