KUALA LUMPUR:Dengan kelonggaran dalam perjalanan domestik, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangka peningkatan penumpang di rangkaian lapangan terbangnya pada musim cuti panjang ini.
"Hab utama kami, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (kod IATA: KUL) menjangka lebih 99,000 penumpang domestik dan 19,000 penumpang antarabangsa untuk tempoh antara 24 - 31 Dis, 2020, meningkat empat kali ganda berbanding tempoh sama bulan lepas.
"Oleh itu, lapangan terbang di seluruh negara telah meningkatkan langkah berjaga-jaga mereka untuk memastikan semua langkah keselamatan yang disediakan dilaksanakan dengan baik supaya penumpang selamat dan mendapat perjalanan yang memuaskan dalam normal baharu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dalam kenyataan.
Mohd Shukrie berkata lapangan terbang MAHB bersedia untuk menerima pergerakan penumpang yang meningkat dengan pematuhan yang ketat kepada prosedur operasi standard (SOP) yang baharu.
"Barisan hadapan lapangan terbang kami akan berada di lapangan untuk membantu penumpang dan memastikan proses di setiap lokasi dijalankan dengan cekap untuk keselamatan mereka.
"Dalam kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua penumpang kami, kami ingin mengingatkan kepada semua penumpang untuk turut memainkan peranan dalam mematuhi norma baharu perjalanan, iaitu dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal serta sering membersih dan mencuci tangan untuk memastikan kebersihannya," katanya.
Bagi memastikan perjalanan yang lancar pada musim cuti ini, MAHB telah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada semua penumpang dalam tempoh yang sibuk.
Sehubungan itu, penumpang diingatkan untuk menyemak jadual penerbangan yang terkini; kelayakan mereka untuk melakukan perjalanan berdasarkan SOP terkini yang diumumkan oleh kerajaan; keperluan kepada sebarang dokumen tambahan atau ujian perubatan (ujian swab COVID-19) yang diperlukan sebelum tiba di lapangan terbang, dan tiba sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas penerbangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020

Bagi memastikan perjalanan yang lancar pada musim cuti ini, MAHB telah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada semua penumpang dalam tempoh yang sibuk.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.