KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd menjelaskan perjanjian baru-baru ini dengan AirAsia Berhad dan Air Asia X Berhad untuk menghentikan prosiding undang-undang tidak berkaitan dengan tuntutan hutang kira-kira RM78 juta yang perlu dibayar dan terhutang daripada AirAsia X.
Menurutnya, jumlah itu telahpun dikompromi menurut perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 16 Disember 2021 yang meluluskan skim pengaturan AirAsia X untuk menyusun semula hutangnya.
Katanya, selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi, MAHB kini dalam proses mendapatkan semula hutang tertunggak daripada AirAsia X sebagai pemiutang terjamin dalam skim prosiding.
"Kami ingin menjelaskan bahawa caj perkhidmatan penumpang (PSC) tertunggak yang perlu dibayar dan terhutang daripada AirAsia dan AirAsia X menurut penghakiman Mahkamah Tinggi bertarikh 18 Julai 2019, yang kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada 3 Mac 2022, jumlah tertunggak penuh yang dituntut kira-kira RM41.5 juta telahpun dibayar oleh AirAsia dan AirAsia X kepada MAHB.
"PSC tertunggak selanjutnya yang telah terakru sejak itu, tidak diketepikan dan masih perlu dibayar dan terhutang berdasarkan prinsip yang dinyatakan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 10 Ogos lalu, MAHB, menerusi anak syarikatnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MAASB) dan Capital A Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Group Bhd.) memutuskan untuk menghentikan prosiding undang-undang antara semua pihak.
Susulan itu, tiada lagi sebarang prosiding undang-undang atau litigasi material daripada MAHB terhadap AirAsia dan AirAsia X.
Namun, MAHB berkata, selain persetujuan bersama untuk menghentikan prosiding undang-undang, tidak ada perjanjian penyelesaian lain yang dibuat oleh kedua-dua pihak.
Katanya, sebagai entiti peneraju dalam sektor penerbangan, resolusi yang baik boleh dilaksanakan berdasarkan muhibah dan kemesraan tanpa perlu menggunakan prosiding undang-undang, yang sepatutnya hanya digunakan dalam keadaan yang melampau.
"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, MAHB komited untuk bekerjasama demi faedah dan kejayaan bersama semua pihak berkepentingan penerbangan iaitu syarikat penerbangan, lapangan terbang, penumpang dan industri.
"Kami akan memberi tumpuan kepada memulihkan dan merangsang kebangkitan perjalanan udara dan mendorong pertumbuhan dalam ekosistem penerbangan untuk industri dan negara," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Aug 16 2022
Selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi, MAHB kini dalam proses mendapatkan semula hutang tertunggak daripada AirAsia X sebagai pemiutang terjamin dalam skim prosiding. -Dagang News
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.